29 July 2009

PUISI TERISTIMEWA

kekecewaan, kedukaan
dan kepedihan
jadi agenda dalam perkenalan
kau diundang duka dari
semaian persahabatan
yang luntur dari samar pandangan
seorang insan jahil pegangan
dan..
aku pedih atas satu hirisan
hanya satu kesilapan
tapi..
kita gagahi pendirian
agar tidak luntur semangat perjuangan
lantaran itu kita dipertemukan
bagi mengubat kelukaan
inilah hikmah atas kekuasaan
mengikis seribu bebanan
tahukah dikau disebalik samaran
hadir cahaya sinari kegelapan
kerana..
hadirmu membangkit harapan
membina sejuta impian
dalam meniti ranjau perjalanan
berbunga sudah sebuah perasaan kasih sayang
andai diizinkan untuk sama tempuhi dugaan
bisakah persahabatan ini
hingga ke hujung dunia...

PEPERANGAN MASA KINI

kusingkap helaian sejarah peperangan
memapar kuasa, keganasan dan kekejaman
mengumpul sengketa, memikul senjata
tinggalan perang leburlah sebuah negara
pada era ini, di negara harmoni sebegini
wargamu terus menikmati persengketaan ngeri
peperangan tidak jua henti-henti
cuma tanpa letupan bom dan hamburan peluru lagi
penyalahgunaan dadah terus kita perangi
kelak ia bukan lagi musuh teratas sekali
laungkan permusuhan habis-habisan
merempuh batas-batas kejahilan
membadai segala sengsara
merobek cita-cita musuh negara
kehairanan memuncak lagi
kerenah musuh menjadi-jadi
siapakah bala tenteranya
dimanakah medan perangnya
apakah senjata yang dipakainya
mungkinkah juga taktik Mao Tze Tong
tetap bersemi
bila anda datang kami sembunyi
bila anda berhenti kami menganggu
bila anda berada di dalam kesusahan
kami menyerang
dan bila anda lari kami kejar
tetapi komunis hampir juga lenyap
lantaran hikmah pemimpin negara kita
apa lagi, engkau dadah yang ku benci
tidak kira lapisan, akan ku pujuk juga
medan media massa lapang sasarku
senjata keilmuan benteng pertahananku
agama dididik, bangsa dijaga
akan ku sayangi diri, jauhi dadah durjana.

CERITA YANG LUKA

insan yang mulia
yang bergelar warga dunia
masihkah terlena dibuai cerita luka
anak-anak remaja dan belia
tidak kira apa warna
tidak kira apa anutannya
dinodai kesuciannya dengan ganja, morphin,
heroin dan sebangsa dengannya.
gara-gara ingin mencuba
atau menyelesaikan kekusutan yang ada
atau dipengaruhi oleh rakan sebaya
tanpa jati diri tanpa semangat waja
dadah dipilih rakan setia
kini bait dan gemanya
bermukim di media massa
saban hari ia telah menundukkan:
kepandaian seorang mahasiswa
kejelitaan seorang wanita
kenakalan seorang remaja
kealiman seorang beragama
masa remajamu melayang
dilanda kemelut
dinodai dengan dadah
yang menghulur nafsu dan kealpaan
melerai kasih ayah bonda
memusnah cinta agama
dadah parasit dan pembunuh
pernah dinobatkan musuh nombor satu negara
pelebur impian dan cita-cita manusia
perampas erti bahagia
bersama asap, debu dan suntikan
insan yang mulia
bukalah matamu
hayunkanlah langkahmu
agar lenyap cerita yang luka ini
dengan agama mengajar manusia menjadi baik
perangi dadah punca masalah.

28 July 2009

MOTIF UKIRAN KAYU: BUNGA CEMPAKA PUTIH

MOTIF - BUNGA CEMPAKA

NAMA SAINTIFIK : MICHELIA CHAMPACA

LATAR BELAKANG BUNGA CEMPAKA
Cempaka merupakan sejenis tumbuhan renek berkayu yang biasanya tumbuh di hutan. Ia boleh dibezakan melalui warna bunganya.
Pokok cempaka sering kali dijadikan sebagai pokok peneduh. Manakala bunga cempaka yang cantik dan berbau harum sering digunakan sebagai perhiasan rambut.
Terdapat jenis-jenis bunga Cempaka, antaranya ialah:
· bunga Cempaka Putih ( Michelia alba DC)
· bunga Cempaka embun (Michelia figo)
· bunga cempaka telur (magnolia coco)
· bunga cempaka kuning (Michelia champaka Linn)

Perbezaan antara cempaka putih dan cempaka kuning adalah daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin manakala daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilituli oleh rerambut halus.

Daun cempaka mempunyai bentuk seperti telur dengan bahagian bawah daun berbulu. Setiap kuncup daun dilitupi oleh dua helai daun pelindung. Buahnya boleh dimakan dengan rasa yang amat sedap tetapi biji buahnya mempunyai rasa yang pahit.

KAYU CEMPAKA
Kayu cempaka yang berbau wangi dikatakan boleh digunakan untuk membina rumah. Lurus, tingi mencapai 30m.

KULIT CEMPAKA
Kulit pokok cempaka berwarna coklat dan jika dibelah,, warna kuning muda akan kelihatan. Kulit cempaka mengandungi alkaloid dan dammar.

DAUN CEMPAKA
Daun cempaka mengandungi alkaloid. Daun cempaka mempunyai bentuk seperti telur dengan bahagian bawah daun berbulu. Boleh digunakan sebgai ubat cacing dan nafas berbau.


AKAR CEMPAKA
Akar cempaka mengandungi damar. Akar cempaka berwarna merah, rasanya pahit dan sangat tajam. Kulit akarnya boleh digunakan untuk megeluarkan uri atau plasenta.

BUNGA CEMPAKA
Tidak kiralah sama ada bunga cempaka kuning atau putih, kedua-duanya mempunyai khasiat yang tersendiri.

Dikatakan bunga cempaka kuning amat baik untuk wanita terutamanya wanita yang baru bersalin. Bunga ni juga dikatakan dapat meyembuhkan demam selsema dan digunakan sebagai perangsang dan diuretic. Kudup bunganya juga sering digunakan sebagai ubat gonorea dan uretritis. Bunga cempaka kuning turut digunakan dalam pembuatan minyak wangi, kosmetik, dan dalam upacara keagamaaan sesetengah kaum atas keharumannya. Terdapat segenlitir orang menggunakan minyak yang diekstrak daripada bunga ini sebagai minyak rambut. Akar pokok cempaka kuning dikatakan dapat melancarkan proses penyingkiran uri plasenta.

Bagi cempaka putih pula, bunganya amat berguna untuk merawat pitam, bisul, dan keradangan tengkuk.

Bunga cempaka telur pula banyak digunakan untuk perubatan tradisional cina. Bunga itu juga boleh dicampur dalam the cina untuk mengharumkan minuman tersebut.

BUAH CEMPAKA
Buah cempaka berwarna merah jambu dan sedap dimakan tetapi biji buah cempaka amat pahit sekali.

BIJI BUAH CEMPAKA
Biji buah cempaka berwarna hitam dan rasanya amat pahit. Bijinya boleh digunakan sebagai ubat demam untuk kanak-kanak.


SPESIES MICHELIA
· M. aenea
· M. alba (syn. M. longifolia). Cempaka putih, cendana putih, atau kantil.
· M. angustioblonga
· M. balansae
· M. baillonii (syn. Aromadendron spongocarpum, Paramichelia baillonii)
· M. braianensis
· M. calcicola
· M. caloptila
· M. cavaleriei
· M. champaca. Champak atau Bunga Jeumpa. Berasal dari India, pulau Jawa dan Filipina. Pohon atau perdu yang tingginya 3 hingga 6 meter. Memiliki daun yang hijau mengkilap serta bunga yang berbau wangi dan berwarna oranye, kuning atau putih krem. Minyak bunga ini digunakan sebagai bahan parfum.
· M. chapaensis (syn. M. constricta)
· M. compressa (syn. M. formosana, M. philippinensis)
· M. coriacea
· M. crassipes
· M. doltsopa (syn. M. manipurensis). Perdu atau pohon yang tinggi hingga 30 meter. Berasal dari pegunungan Himalaya timur dan hutan subtropis Meghalya. Daunnya berwarna hijau tua sepanjang 6 hingga 17 cm. Bunganya berwarna putih krem. Disukai sebagai tanaman pinggir jalan di California.
· M. elegans
· M. elliptilimba
· M. faveolata
· M. figo.Perdu atau pohon pendek yang tumbuhnya lambat. Dapat tumbuh hingga tingginya 5 meter. Daunnya kecil dan bunganya besar, berwarna putih terkadang dengan warna ungu. Bunganya memiliki bau pisang.
· M. flaviflora
· M. floribunda
· M. foveolata
· M. fujianensis
· M. fulgens
· M. fulva
· M. fuscata
· M. guangxiensis
· M. hedyosperma (syn. M. hypolampra)
· M. ingrata
· M. insignis. Berasal dari hutan subtropis Meghalya.
· M. iteophylla
· M. kisopa. Berasal dari hutan subtropis Meghalya.
· M. koordersiana
· M. lacei (syn. M. tignifera)
· M. laevifolia
· M. lanuginosa (syn. M. velutina)
· M. Leveillana
· M. longipetiolata
· M. longistamina
· M. longistyla
· M. macclurei
· M. martini
· M. masticata
· M. maudiae
· M. mediocris
· M. microtricha
· M. Montana
· M. nilagirica. Berasal dari India selatan.
· M. odora (syn. Tsoongiodendron odorum)
· M. pachycarpa
· M. platypetala
· M. polylneura
· M. punduana. Berasal dari hutan subtropis Meghalya.
· M. rajaniana
· M. salicifolia
· M. scortechinii
· M. sinensis (syn. M. wilsonii)
· M. shiluensis
· M. skinneriana
· M. sphaerantha
· M. subulifera
· M. szechuanica
· M. xanthantha
· M. yunnanensis

22 July 2009

HAKIM TIDAK PROFESIONAL


PEMIKIRAN HAKIM PERTANDINGAN BEGITU JAHIL!!!

saya berasa malu dan hairan juga apabila ada beberapa guru yang dilantik untuk menjadi hakim dalam pertandingan peringkat kebangsaan mempunyai daya pemikian yang jauh ketinggalan sedangkan zaman semakin berteknologi namun daya pemikiran guru tidak berubah!!! folio yang dipertandingkan KALAH DISEBABKAN HAKIM MENGATAKAN FOLIO INI TERLALU HEBAT UNTUK PELAJAR YANG BUAT!!!! ITULAH SAYA KELUARKAN ISTILAH KUNO KERANA ITULAH YANG BOLEH MENGGAMBARKAN PERSONALITI 4 ORANG HAKIM TERSEBUT….KENAPALAH OTAK HAKIM TERSEBUT TIDAK MEMIKIRKAN MEREKA ITU SKANG DUDUK KAT ZAMAN MANA? SEKARANG DAH ERA BERTEKNOLOGI, TIDAK MUSTAHIL PELAJAR SEKARANG BIJAK IT…HAKIM MEMANG KUNO YANG AMAT!!!!
kenapa saya memberi kenyataan seperti itu???,,,,bacalah selanjutnya jika ingin mengetahui cerita ini dengn lebih terperinci…
biar saya ceritakan dengan teratur lagi….
ini bukan kisah saya namun saya juga terasa tempias kerana ini melibatkan geng-geng adik saya dan saya juga turut membantu daripada segi seni seperti kesesuaian warna, reka letak, mengajar mereka menggunakan perisian grafik dan lain-lain..
tema pertandingan itu ialah SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA…bagi guru-guru seni pasti anda akan mencadangkan untuk menghasilkan folio yang terbaik bukan?….
sebelum geng-geng adik saya mewakili negeri PERAK, mereka hanya menggunakan microsoft word dan microsoft publisher sahaja..apabila mereka ke peringkat kebangsaan pula, saya mencadangkan untuk menggunakan adobe ilustrator supaya reka letak di setiap menjadi teratur dan menghasilkan warna yang kontra..
mereka dapat membuatnya dengan begitu cemerlang sekali!!! klau orang lain agak susah mempelajarinya namun berkat kesungguhan mereka kepayahan itu menjadi satu cabaran…kami sangkakan folio kami tidak sekemas mana kerana ada juga kesalahan-kesalahan yang nampak dari mata kasar..
semasa pertandingan berjalan..
geng-geng adik saya akan dinilai oleh 4 orang hakim yang KUNO tersebut untuk pembentangan lisan….awal-awal lagi folio itu telah ditolak oleh 4 HAKIM KUNO itu!!!! ini langsung tidak adil!!!! semasa pembentangan hakim telah mengeluarkan ayat-ayat kiasan bahawa kontinjen PERAK tidak akan menang… selepas itu pameran folio diadakan dan kami berasa bangga kerana kebanyakan orang yang datang ke pameran folio itu memuji kehebatan geng-geng adik saya untuk menghasilkan folio tersubut..,mereka mengagak kami yang akan menjuarai pertandingan…
masa itu kami tidak mengharapkan apa-apa pun…apabila diberitahu kami tiada tempat, kami akur dan redha sahaja…kami sangkakan awalnya kami tidak sehebat mana tapi apabila mendapat tahu kontinjen SELANGOR mendapat tempat, terus secara spontannya kami bangun untuk tuntut keadilan…kerana apa? kerana folio negeri SELANGOR yang merupakan JOHAN folionya seakan-akan tidak setaraf peringkat kebangsaan, boleh dikatakan macam folio sekolah rendah jer……KAMI TIDAK KISAH JIKA KAMI KALAH TAPI BIARLAH KAMI KALAH PADA LAWAN YANG SETANDING DENGAN KAMI..YELAH SEPERTI KATA HAKIM “KAMU TERLALU HEBAT”… sampaikan JPN menyuruh kami membuat bantahan tapi malangnya tidak dilayan dengan alasan syarat bantahan sekurangnya mempunyai tempat dalam pertandingan tersebut…memang stupid..
selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang, dengan rasa tidak puas hati kenapa kami tiada tempat, kami berjumpa dengan salah seorang HAKIM yang dikatakan KUNO itu, nak tahu apa yang terkeluar dari mulut HAKIM KUNO tu,, beliau berkata folio kamu tidak ada kesilapan apapun dan folio kamu terlalu hebat,,,,beliau mengeluarkan kata-kata ini…terlalu hebat untuk pelajar membuat folio sehebat ini…HAKIM TIDAK PERCAYA YANG FOLIO INI PELAJAR YANG BUAT..DIA KATA FOLIO BERTARAF KORPORAT!!!BERTARAF ANTARABANGSA!!!…TAPI MASALAHNYA SEKARANG JIKA TIADA KESALAHAN APA-APA KENAPA KAMI X MENANG!!!!…
saya menganggap 4 orang hakim tue langsung tidak dapat menerima bahawa pelajar era ini semakin berteknologi…takkan lah mereka nak jadi macam 4 ORANG HAKIM TUE KAN( macam orang zaman purba) ..BAYANGKAN ADOBE ILUSTRATOR PUN TAK TAHU, TAPI BOLEH JADI HAKIM…TEMA SAINS DAN TEKNOLOGI TAPI PILIH HAKIM MACAM UNTUK ZAMAN PURBA JER !!!!

SAYA TIDAK SALAH TEMA PERTANDINGAN TERSEBUT TAPI SAYA BERASA KESAL DENGAN KETIDAKPROFESIONAL PARA HAKIM UNTUK MENILAI HASIL PELAJAR,…KESAL DENGAN PEMIKIRAN PARA GURU YANG TIDAK LANGSUNG MEMPERCAYAI HASIL KERJA PELAJAR…DARI SITU SAYA DAPAT LIHAT PERSONALITI PARA HAKIM DI SEKOLAH…KEPADA HAKIM-HAKIM BERKENAAN, SILA LAH BUKA MATA DAN MINDA ANDA!!!!
WALAU HATI KAMI MASIH PANAS LAGI, namun ada ramai yang menyokong kami dan mereka juga turut berasa kesal dengan penilaian HAKIM!!
YELAH KAN..KETUA HAKIM DARI SELANGOR…JOHANNYER NEGERI SELANGOR…BOLEH PIKIR LAH SENDIRI..ITU BARU PERTANDINGAN FOLIO….ADA EMPAT PERTANDINGAN YANG DIMENANGI DARI NEGERI YANG DIWAKILI OLEH KETUA HAKIM..SO NAMPAK SANGAT HAKIM PILIH KASIH!!!
BAIK KAMI SEMUA NIE TIDAK PAYAH MASUK PERTANDINGAN !!!!! KAMI BOIKOT PERTANDINGAN NIE…

21 July 2009

MASALAH YANG TIDAK BOLEH DISELESAIKAN?

MASALAH YANG TIDAK BOLEH DISELESAIKAN



Pada pandangan saya, masalah yang tidak boleh diselesaikan walau apa cara sekalipun adalah masalah yang melibatkan soal kematian. walaupun soal kematian sudah menjadi lumrah di dalam kehidupan, namun masalah kematian sememangnya tidak boleh diselesaikan oleh umat manusia. kematian merupakan satu ketentuan yang telah tertulis dan termaktub dalam kamus hidup seorang manusia. kematian juga adalah takdir dari Yang Maha Kuasa iaitu Allah SWT yang berkuasa mutlak mematikan bnda yang hidup dimuka bumi ini. semua perkara atau masalah yang tidak melibatkan soal kematian, masalah tersebut boleh diselesaikan dengan penyelesaian yang sewajarnya dengan melalui beberapa proses penyelesaian masalah. tetapi bagaimana dengan masalah kematian? adakah masalah kematian ini boleh diselesaikan oleh manusia biasa yang hanya menumpang di atas muka bumi Allah SWT? jawapannya tentunya tidak boleh diselesaikan oleh manusia yang sememangnya tidak mempunyai kuasa mutlak untuk mengembalikan nyawa yang telah mati. hanya tuhan Yang Maha Kuasa yang berhak menentukan soal kematian seseorang. manusia tida boleh menghalang kematian orang sekelilingnya malah dirinya sendiri juga manusi tidk berkuasa menghalalng masalah yang paling besar sehingga tidak tercapai akal manusia untuk menyelesaikan masalah kematian ini.


contoh masalah yang boleh diselesaikan yang menggunakan beberapa proses penyelesaian masalah seperti ketiadaan duit untuk menampung kehidupan sekeluarga. masalah ini mempunyai pelbagai cara untuk menyelesaikan kekusuta ini dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi terlebih dahulu dan apakah yang menyebabkan masalah ini berlaku dan akhirnya bagaimana untuk menyelesaikan maslah ketiadaan duit tersebut. misalnya mencari pekerjaan sambilan seperti mejual minuman dan sebagainya supaya kos ekonomi keluarga boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. namun bagi masalah kematian tiada cara untuk menyelesaikan masalah ini. sekiranya manusia diberika kuasa untuk menghidupkan kembali orang yang telah mati tentunya maslah ini boleh diselesaikan namun hakikatnya manusia hanya menerima dengan redha atas kematian terutamanya kematian yang melibatkan orang yang kita sayang.

secara kesimpulannya, semua masalah melainkan kematian boleh diselesaikan dengan menggunakan beberapa pendekatan bagi mencari cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu maslah tersebut. semua itu bergantung kepada kekuatan pemikiran individu tersebut dalam menyelesaikan permasalahan tersebut dengan cara bijaksana dan juga sistematik.

STUDIO KAYU




Sinopsis

KursusStudio kraf Kayu Halus ini, merupakan asas pendedahan kepada kraf tradisional Melayu. Kursus ini, mahasiswa diberi pendedahan tentang pengetahuan asas dan teknik-teknik dalam menghasilkan kraf kayu tradisional yang bersesuaian dengan keperluan kurikulum pendidikan seni sekolah menengah. Mahasiswa akan diberikan latihan kemahiran secara khusus dengan teori dan amali dalam studio sebagai persediaan proses penciptaan kraf kayu tradisional sesuai dengan prinsip-prinsip dalam ukiran Melayu.


Objektif Kursus

Pada akhir kursus dijangka pelajar dapat ;






  • Melahirkan mahasiswa (intelektual) yang berpengetahuan dalam aspek teknikal dalam menghasilkan kraf yang mempunyai kesinambungan dengan nilai-nilai budaya dan warisan Melayu.


  • Melahirkan calon guru yang pengetahuan, berkemahiran, berketerampilan dan kreatif dalam proses P & P serta kreatif menghasilkan kraf Melayu khususnya ukiran kayu.


  • Menanamkan nilai keperibadian serta jatidiri bangsa melalui kraf tradisional dengan memartabatkan kraf tradisional sebagai seni budaya bangsa tanpa mengenepikan nilai-nilai estetik.


  • Memanfaatkan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran kraf tradisional.


Rujukan



UtamaAbdul Halim, Nasir (1978) Ukiran Melayu Tradisi, Kuala Lumpur: DBP.Abdul Halim Nasir (1987) Tradisional Malay Woodcarving, Kuala Lumpur: DBP.Albert Jeason and David Day (1997) Good Wood Finisher, USA: Harper Collins Publishers, Cincinnati, Ohio.Dr. Othman Yatim, 1993, Warisan Kesenian Dalam Tamaddun Islam, DBP, Kuala Lumpur.Mattil Edward, 1959, Meaning In Craft, Prentice Hall, Inc. London.Muhammad Afandi Yahya, 1995, Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu, DBP, Kuala Lumpur.Wan Hasyim Wan Teh dan Abdul Halim Nasir, Senibina Melayu, DBP, Kuala Lumpur.Siti Zainon Ismail, 1985, Getar Jalur dan Warna, Fajar Bakti, Petaling Jaya.Zulkifli Hanafi, 2000, Pola-pola Hiasan di Dalam Bangunan Tradisional Melayu, BDP, Kuala Lumpur

KREATIVITI SENI



Sinopsis
Kursus ini membincangkan prinsip dan konsep aspek-aspek kreativiti dalam Seni Visual serta peranan dan kepentingan pemikiran kreatif, kritis dan efektif. Pengolahan idea, pelaksanaan pengajaran, proses pengkaryaan dan penciptaan bentuk yang kreatif juga turut dibincangkan.

Hasil Pembelajaran
1. Menganalisis secara komprehensif perkaitan/hubungan antara pemikiran kreatif dan proses kreatif dalam seni visual.
2. Mengklasifikasi kreativiti dalam pengkaryaan dan penciptaan seni visual.
3. Menghuraikan konsep kreatif dalam proses pengkaryaan dan pengajaran seni visual.
4. Menganalisis proses kreatif dalam bidang seni visual.5. Menilai ciri-ciri dan prinsip kreatif dalam seni visual.

Kandungan
1. Konsep kreativiti
2. Pemikiran kreatif
3. Seni visual dan pengkaryaan
4. Proses kreatif dalam pengkaryaan
5. Model pemikiran kreatif
6. Pembentukan kreativiti
7. Aplikasi kreatif dan inovatif
8. Kreativiti dan pendidikan seni visual

16 July 2009

APAKAH ITU KUBISME?




PENGENALAN
Kubisme merupakan satu zaman dalam gerakan seni yang juga sebuah gerakan moden seni rupa pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Kubisme adalah menampilkan objek berbentuk geometri seperti kubus sfera dan lain-lain lagi. Prinsip-prinsip umum pada kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, distorsi, overlap, penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dan aneka jenis tampak. Gerakan ini di mulakan pada lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing.


SEJARAH KUBISME
Zaman kubisme bermula dari pegangan seorang pelukis yang mashyur. Lahirnya aliran Kubisme pada tahun 1905 merupakan hasil titik peluh pelukis Pablo Picasso dan Brague. Yang menjadi pertanyaannya ialah dari mana idea lukisan yang saat itu membuat menfokuskanseni lukis.
1. Picasso banyak mempelajari patung afrika (sekilas mirip patung Asmat) yang bentuknya lonjong dan proporsinya tidak normal atau tidak realisme.
2. Perkembangan zaman ini daripada lukisan post impresionist Van Gogh, Paul Gauguin dan Paul Cezanne. Rosaknya bentuk juga sudah terlihat pada bunga matahari Van Gogh, sedangkan kesannya seperti keramik pecah sudah terlihat pada lukisan Paul Cezanne. Pembahagian blok-blok warna juga sudah ada pada lukisan Gauguin.
3. Lukisan yang biasanya dilihat lebih dari satu sisi atau sudut. Apabila kita melihat Borobudur dari sisi barat, timur, utara mahupun selatan semuanya kelihatan sama. Sekiranya objek berbentuk tiga dimensi, bagaimana membayangkan kita melihat buah-buahan di atas meja dan dilihat dari berbagai sudut akan sama. Lukisan kan tampil dengan dua dimensi. Jadi kita harus gunakan imajinasi kita untuk melihat lukisan Cezanne. Ide ini diteruskan oleh Picasso dan Brague. Kalau kita lihat lukisan potret Picasso ada yang kedua matanya menghadap ke pengamat, sehingga kita berfikir mata model ini tiga.
4. Ketiga hal diatas kita sudah tahu, tapi ternyata ada temuan lain yang memperlihatkan kemungkinan Kubisme lahir dari karya foto. Picasso yang punya ribuan foto karya fotografer terkenal yang meberikan ke dia secara cuma-cuma pada saat fotografer berkunjung ketempatnya. Picasso ternyata mengusai teknik fotografi Analog seperti layaknya seorang profesional fotografi.



TOKOH KUBISME
Pablo Ruiz Picassco

Pablo Ruiz Picasso adalah seorang seniman yang terkenal dalam aliran kubisme dan dikenal sebagai pelukis revolusioner pada abad ke-20. Jenius seni yang cakap membuat patung, grafis, keramik, kostum penari balet sampai tata panggung. Lahir di Malaga, Spanyol 25 Oktober 1881 dengan nama lengkap Pablo (or El Pablito) Diego José Santiago Francisco de Paula Juan Nepomuceno Crispín Crispiniano de los Remedios Cipriano de la Santísima Trinidad Ruiz Blasco y Picasso López. Ayahnya bernama Josse Ruiz Blasco, seorang profesor seni dan ibunya bernama Maria Picasso Lopez.
Picasso memiliki sifat yang selalu ingin belajar. Perbedaan kota atau negara bukan suatu halangan untuk memperoleh beragam ilmu. Di usia 14 tahun, ia lulus ujian masuk School of Fine Arts di Barcelona dan dua tahun pindah ke Madrid untuk belajar di Royal Academy. Tak lama kemudian dia kembali lagi ke Barcelona dan bergabung di Els Quatre Gats, tempat para penyair, artis dan kritikus untuk tukar menukar ide yang didapat dari luar Spanyol. Pada usia 23 tahun, Picasso pindah ke Paris, kota pusat seni dunia pada masa itu.
Picasso menghasilkan 20.000 karya dalam hidupnya. Yang menarik, Picasso sering berganti gaya lukisan. Ini bisa terjadi karena Picasso memiliki banyak teman. Seperti dari gaya lukisan biru dan merah jambu (karena lukisan didominasi warna biru dan merah jambu) berubah drastis ke gaya kubisme, akibat pengaruh pertemanannya dengan Georges Braque.

Gaya kubisme inilah yang mengejutkan dunia seni, kerana mengubah persepsi orang akan suatu keindahan seni. Kalau sebelumnya lukisan wanita mudah dikenali wajah modelnya, oleh Picasso dibuat drastis sehingga bentuk lukisannya sulit dikenali lagi, seperti yang ia tuangkan lewat karya Demoiselles d'Avignon. Ini bukan berarti Picasso sembarangan saja membuat lukisan. Ia sebelumnya telah mempelajari karya pematung Iberia dan patung-patung Afrika lainnya (patung primitif) yang biasanya berbentuk melengkung dan tidak proporsional.
Ketidaksembarangan Picasso juga dibuktika dengan beberapa eksperimen yang sering dilakukannya, terutama pada perspektif dan distorsi yang ada pada suatu lukisan. Sehingga gaya kubisme temuan Picasso ini mengubah wawasan dunia akan penilaian suatu lukisan. lukisan bukan saja sebagai keindahan seni, tetapi merupakan pula sebagai hasil penelitian dan eksperimen.

Demoiselles d'Avignon

Picasso adalah seniman yang melankolis, berkepribadian kuat, egois dan hidupnya sangat bebas. Tak heran, karya karyanya banyak mencerminkan kepribadiannnya itu. kepribadiannya yang kuat, egois dan bebas, banyak terlihat dari karya seninya yang berkesan kontroversial dan sangat ekspresif, beda dari yang pernah ada sebelumnya. Di sisi lain, kemelankolisan Picasso terungkap dari sifatnya yang sangat sensitif serta rinci dalam menilai suatu kenyataan hidup. Ia sanggup membuat kenyataan hidup itu sebagai sumber inspirasi karyanya. Misalnya. lukisan Mesra Cinta (periode biru) yang bersuasana muram dan pesimis, mencerminkan masa-masa sulit Picasso di tengah situasi yang kompetitif. Lukisan Guernica yang menjadi pusat mata di Museum Reina Sofia (Madrid) adalah goresan tangan dari hasil ingatannya pada tragedi berdarah awal tahun 1930-an di daerah Basque, Guernica terjadi ketika perang sipil dan jatuhnya ratusan bom. Kemudian burung merpati, simbol perdamaian dunia, ternyata juga merupakan rancangannya. Picasso menyelesaikan seni grafis itu setelah terisnpirasi oleh burung Melanesia, pemberian Henri Matisse.
Lebih unik lagi, Picasso juga menjadikan wanita sebagai sumber inspirasi. Konon, setiap wanita memberikan inspirasi berbeda baginya. Misalnya dari kekasihnya, Marie-Terese Walter, ia menghasilkan karya La Reve (mimpi) yang laku terjual 48.402.500 dolar AS. Dari kekasihnya yang lain, Eva Gouel, terlahir lukisan Femme Assise Dans Un Fauteuil, yang termasuk salah satu adikarya gaya kubistis. Tak heran jika Picasso sampai dijuluki Don Juan (playboy). Selain berganti-ganti kekasih, ia juga telah menikah beberapa kali, antara lain dengan Fernande Olivier, Marchelle Thumbert, Olga Kohklova dan Jaqueline Roque.




Pablo Picasso, Le guitariste, 1910

Karya-karya Picasso sering dikategorikan mengikut "tempoh". Sedangkan nama bagi tempoh-tempoh yang kemudian sentiasa dipertikaikan, tempoh-tempoh karyanya yang paling biasa diterima adalah seperti berikut:
Tempoh Biru (19011904): Sifat lukisan-lukisan Picasso dalam tempoh ini muram dengan sedikit warna biru dan dipengaruhi oleh lawatannya ke seluruh Sepanyol serta kematian kawannya yang baru-baru itu. Lukisan-lukisan itu sering menonjolkan akrobat, badut, pelacur, pengemis, dan seniman.

Tempoh Ros (19051907): Lukisan-lukisan dalam tempoh ini lebih riang dengan warna-warna jingga serta merah muda, dan masih menonjolkan badut. Picasso bertemu dengan Fernande Olivier, seorang model perempuan bagi pengarca dan pelukis, di Paris dalam tempoh ini, dan banyak lukisannya dipengaruhi oleh persahabatannya yang mesra ini, selain daripada pendedahannya kepada lukisan Perancis.

Tempoh dipengaruhi Afrika (19081909): Dalam tempoh ini, Picasso dipengaruhi oleh dua tokoh yang pada dirinya diilhami pula oleh artifak-artifak Afrika. Beliau melukis kedua-dua tokoh ini dalam lukisannya, Les Demoiselles d'Avignon (kedua-dua orang disebelah kanan lukisan ini).
Kubisme Analisis (19091912): Dalam tempoh ini, Picasso bersama-sama dengan Braque memperkembangkan satu gaya pelukisan yang menggunakan warna-warna coklat monokrom di mana mereka memisah-misahkan dan "menganalisis" objek-objek dari segi bentuk. Ketika itu, lukisan-lukisan Picasso dan Braque amat serupa dengan satu sama lain.

Kubisme Sintetik (19121919): Tempoh ini menggunakan kolaj dan kertas yang sudah digunting untuk membuat lukisan, dan merupakan kali pertama kolaj digunakan untuk seni halus.







RUJUKAN
http://map-bms.wikipedia.org/wiki/Seni_Rupa_Kubisme
http://id.wikipedia.org/wiki/Pablo_Picasso
http://id.answers.yahoo.com/question/index?qid=20080804174739AAu2Cc3
http://asimo-crew.blogspot.com/2008/08/aliran-seni-rupa-kubisme.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pablo_Picasso
http://picasso.tamu.edu/picasso/
http://www.metmuseum.org/toah/hd/pica/hd_pica.htm
http://www.lucidcafe.com/library/95oct/ppicasso.html
http://www.artpromote.com/pablo_picassobio.shtml
http://www.artfact.com/features/viewArtist.cfm?aID=26505
http://www.malaspina.org/home.asp?topic=./search/details&lastpage=./search/results&ID=492
http://www.artchive.com/artchive/P/picasso.html
http://www.answers.com/topic/pablo-picasso
http://www.britannica.com/eb/article?tocId=9108524
http://www.npg.si.edu/cexh/artnews/picasso.htm

14 July 2009

RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)
SMK METHODIST, TANJONG MALIM, PERAK.
18 MEI -29 MEI 2009
FALKULTI SENI DAN MUZIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.









Kenangan Ketika menjalani ROS di SMK Methodist iaitu sekolah yang telah ku jejaki dan menimba ilmu selama ini...
banyak ilu yang telah kami pelajari selama berada di sekolah ini dan merasai bagaiman tugas seorang guru...
bukannya senang sebenarnya...harap2 apa yang telah ditunjuk ajar oleh guru kami dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya..