21 December 2009

REKABENTUK INDUSTRI...

1.0 Definisi Rekabentuk.
Reka
• Membuat sesuatu ciptaan
• Baru (ilham, kajiselidik)
• Lama (memperbaharui)
Bentuk
• Menggunakan sains dan matematik
• Proses kejuruteraan
• Ekonomi.

1.1 Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pereka
a. Kreatif
 Mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru & idea-idea asai serta barangan asal. (Mungkin berguna dan mungkin tidak berguna.)
b. Inovatif
 Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru seperti idea-idea baru, cara-cara baru (selalunya berguna)

1.2 Ciri-ciri Rekabentuk yang Baik

Sesuatu rekabentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat:
 Berfungsi dengan baik dan cekap.
 Sgt ekonomikal dlm lingkungan kekangan yg dikenakan.

1.3 Kekangan Dalam Rekabentuk
Kekangan adalah merupakan suatu aturan yang terpaksa dipatuhi. Di antara kekangan utama dalam rekabentuk kejuruteraan adalah:
a. Kos
b. Keboleharapan (reliability).
c. Keselamatan.
d. Prestasi.
e. Kehendak akta kilang dan jentera.
f. Pertimbangan sosiologi.
g. Pencemaran
h. Penggunaan tenaga.

1.4 Kategori Penghasilan Rekabentuk
a. Rekabentuk yang telah wujud atau dikatakan ‘redesign’ di mana perubahan-perubahan kecil dibuat pada saiz, bentuk, bahan bagi mengatasi masalah pengeluaran dan prestasi. Kerja-kerja rekabentuk seperti ini banyak dilakukan di kilang-kilang terutama di bahagian R&D.
b. Mengguna atau megambil rekabentuk sediaada dan direka supaya beroperasi dlm keadaan sekeliling yang berbeza atau beroperasi dlm bentuk yang lain. Selalunya perbezaan amalah besar dari asal.
c. Rekabentuk sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu yang dicipta dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu kerja yang sangat memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak menimbulkan masalah yang perlu kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi, kerja-kerja prototaip dan ujikaji yang banyak diperlukan pada peringkat ini.

1.5 Jenis-Jenis Rekabentuk Kejuruteraan
Rekabentuk Kejuruteraan mekanikal terbahagi kepada:
a. Rekabentuk Komponen.
b. Rekabentuk Sistem.
c. Rekabentuk Produk Industri / Pengeluaran.

1.6 Rekabentuk Komponen
a. Rekabentuk komponen memerlukan prestasi yang terperinci.
b. Kajiselidik dan analisis perlu dibuat seperti analisis daya, tekanan ricihan, tegasan dsb.
c. Setiap rekabentuk selalunya akan berakhir dengan rekabentuk yang hampir serupa.
d. Contohnya: aci, bol, bush, giar, pemelowap, pemampat dsb.

1.7 Rekabentuk Sistem.
a. Dlm rekabentuk sistem, ia merupakan sebuah bidang yang luas bagi menentukan prestasi.
b. Ia juga memerlukan analisis dan kajiselidik yang terperinci.
c. Secara keseluruhan rekabentuk sistem yang direka oleh berbagai pereka akan mempunyai bilangan komponen yang sama tetapi setiap komponen yang mempunyai fungsi yang sama akan beroperasi secara berlainan.
d. Cthnya: sistem penyaman udara, sistem pneumatik dsb.

1.8 Rekabentuk Produk Industri / Pengeluaran
a. Memerlukan prestasi secara kasar
b. Analisis dan kajiselidik adalah bergantung kepada keperluan.
c. Terdapat berbagai rekabentuk dan juga penampilan walaubagaimanapun fungsinya sama / mungkin operasi dan prestasinya berbeza.
d. Cthnya: pembuka tin, pemerah jus buah-buahan, kerusi roda dsb.

1.9 Proses-Proses Dalam Rekabentuk
Rekabentuk merupakan suatu aktiviti yang melibatkan berbagai disiplin. Bidang rekabentuk melibatkan berbagai-bagai bidang seperti elektronik, mekanikal, senireka, bahan dan sebagainya. Sebagai cth, kita lihat sebuah komputer, disiplin yang terlibat dalam menghasilkan sesebuah komputer adalah kejuruteraan mekanikal, perisian, elektronik, senireka dan ergonomik. Disiplin-siplin yg disebutkan perlu bergabung dan berinteraksi untuk menghasilkan satu rekabentuk yg baik. Adalah mustahil untuk berjumpa dengan seorang pereka yg blh menguasai semua bidang. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yg terhasil secara spontan atau tiba-tiba, sebaliknya ia adalah aktiviti yg melibatkan proses-proses tertentu tercetus dari kesedaran mengenai sesuatu masalah yang dihadapi dan memerlukan kepada penyelesaian.







Carta alir proses rekabentuk













































1.10 Keperluan
Produk baru dihasilkan akibat:
 Dorongan permintaan – pengguna memerlukan suatu produk baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 Perubahan teknologi – penghasilan atau penemuan teknologi baru mencetuskan permintaan produk baru.
Keperluan kepada rekabentuk baru yang didorong oleh permintaan pengguna biasanya melibatkan produk yang belum ada di pasaran. Perubahan teknologi pula biasanya menghasilkan pembaikan kepada rekabentuk yang sedia ada. Walaubagaimanapun kebanyakan produk melibatkan gabungan permintaan pengguna dan juga pengenalan teknologi baru. Pengguna sentiasa memerlukan alat yang lebih canggih dan selesa dan pengeluar pula memperkenalkan teknologi terbaru untuk memikat hati pengguna.

Sebarang produk baru mesti memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna, oleh itu peranan perekabentuk adlah untuk memenuhi syarat tersebut. Maslow, seorang ahli psikologi industri menerangkan lima peringkat keperluan manusia mengikut keutamaan:
 Keperluan fisiologi-makanan dan minuman.
 Keperluan perlindungan keselamatan-keselamatan dan tempat tinggal.
 Keperluan kasih sayang dan kepunyaan-kasih sayang, persahabatan dan perasaan kepunyaan kepada sesuatu kumpulan.
 Keperluan penghargaan atau penghormatan – perasaan suka dihormati, dipuji, dihargai.
 Keperluan pembangunan diri – kepuasan, keyakinan diri, melahirkan perasaan, martabat.
Menurut Maslow keperluan yang lebih utama perlu dipenuhi dahulu sebelum keperluan lain dapat dipenuhi.

1.11 Penakrifan masalah
Penakrifan masalah yg mana perekacipta perlu memahami dengan mendalam sebelum memulakan kerja merekabentuk untuk memastikan produk yang dihasilkan benar-benar dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna. Penakrifan masalah merupakan proses kedua dalam rekabentuk.

1.12 Kajian Perlaksanaan
o Adakah kita pasti bahawa rekabentuk atau idea yg kita pilih merupakan idea terbaik?
o Sudahkah kita melihat dan menyelidiki idea atau rekabentuk lain yg mungkin lebih baik?
Penghasilan idea atau rekabentuk berdasarkan idea yg kita minati sahaja bukanlah satu pendekatan dan kaedah terbaik. Jika kita menghasilkan satu idea, ada kemungkinan idea tersebut bukan yg terbaik. Sebaliknya jika kita menghasilkan seratus idea, kemungkinan untuk mendapatkan idea yg kreatif dan terbaik adalah cerah. Oleh itu kaedah penghasilan konsep rekabentuk yang sistematik amat perlu.
1.13 Penghasilan Konsep
Pada peringkat ini daya pemikiran yg kreatif dan inovatif di perlukan untuk menghasilkan konsep yg baik. Sebagai contoh terdapat berbagai cara untuk menyelesaikan masalah pencemaran asap kenderaan seperti menggunakan kenderaan elektrik, solar dan penggunaan penyerap bermangkin (catalytic converter). Penilaian perlu dilakukan untuk menentukan konsep yang dicipta memenuhi kriteria rekabentuk.

1.14 Rekabentuk Terperinci
Pada peringkat ini rekabentuk akan dibaiki dan dilihat secara terperinci bagi menghasilkan prototaip. Peranannya ialah untuk menguji dan menilai keberkesanan dan kelemahan rekabentuk sebelum proses pembuatan produk dilakukan.

1.15 Pembuatan / Proses Pengeluaran
Hasil daripada rekabentuk terperinci maka proses seterusnya ialah pembuatan di mana produk dibina mengikut kuantiti yang diperlukan oleh pengguna seterusnya dipasarkan kepada mereka.

1.16 Pemasaran
Produk diedar dan dipasarkan kepada pengguna supaya dapat memenuhi keperluan mereka.

1.17 Pemberhentian Pengeluaran
Pembuatan perlu dihentikan jika produk tidak lagi memenuhi kehendak pengguna. Produk perlu dibuat perubahan atau pembaharuan kerana teknologi sentiasa berubah supaya produk yang dihasilkan dapat bersaing di pasaran.

ARCA

Arca

Definisi:

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Jenis – Jenis Arca

•Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

Arca Asemblaj

•Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
- Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

















Arca Timbulan

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.



















•Arca Mobail
.
•Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
•Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.




















Arca Stabail

•Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
•Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.



















•Arca Gabungan





Diorama

•Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.
•Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.












Boneka

• Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali antara dulu dan sekarang.
.















Origami

• Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.
• Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
• Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
• Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
• Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.






























Topeng

• Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi musik kesenian daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk menghormati sesembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Bentuk topeng bermacam-macam ada yang mengambarkan watak marah, ada yang menggambarkan lembut, dan adapula yang menggambarkan kebijaksanaan.
• Kehidupan masyarakat modern saat ini menempatkan topeng sebagai salah satu bentuk karya seni tinggi. Tidak hanya karena keindahan estetis yang dimilikinya, tetapi sisi misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu memancarkan kekuatan magis yang sulit dijelaskan.

07 December 2009

PERSONALITI KUCING....

MELIHAT GELAGAT KUCING-KUCING DI RUMAHKU, TERLINTAS UNTUK MEMBACA TENTANG MAKHLUK ALLAH YANG BEGITU MANJA INI...


Mata yang cerah bersinar, bulu yang lembut berkilat dan sikap waspada adalah antara tanda menunjukkan kucing anda sihat. Kucing yang sihat juga mempunyai selera makan yang baik, sentiasa membersihkan diri dan interaksi baik dengan pemiliknya.

Salah satu faktor dalam aspek kesihatan, yang sering dilupakan adalah personaliti. Kita boleh menjangka sesuatu terhadap personaliti kucing walaupun ketika dia masih kecil. Jika anda baru membuat keputusan untuk memelihara kucing, anda boleh menguji bagaimana personaliti kucing itu. Pegang kucing dan letakkan dalam dakapan anda dan lihat samada kucing itu berada dalam keadaan tenang atau tertekan.

Dukungnya seperti bayi pula, dengan bahagian perut menghala ke atas, dan lihat sekali lagi bagaimana reaksinya. Jika anda mencari kucing yang manja, dan kucing yang anda uji ini tidak membenarkan anda memegangnya lebih dari satu saat, mungkin anda patut mengubah pilihan kucing lain atau merancang untuk melatihnya dan mendapat kepercayaan dari kucing tersebut. Atau mungkin melatihnya agar lebih dia menjadi lebih tenang.

Pada umur 2 hingga 7 minggu adalah waktu kritikal yang menentukan sejauhmana tahap sosial kucing tersebut. Kucing yang dikendalikan oleh ramai orang dan berinteraksi dengan kucing lain atau binatang lain lebih cenderung untuk menyesuaikan diri dengan lebih baik ketika dewasa. Tanyakan pemiliknya dahulu pengalaman kucing itu semasa muda sebelum anda mengambil kucing itu untuk dipelihara.

Ujian seterusnya adalah dengan memegang telinganya, buka mulutnya dengan lembut dan sentuh kakinya. Sekali lagi,lihat samada kucing itu bersedia membenarkan anda memegangnya. Jika ya, secara umumnya kucing itu mempercayai anda. Jika anda meletaknya ke bawah dan beredar darinya, adakah kucing itu menunjukkan rasa minat terhadap anda? Adakah dia mengekori anda? Walaupun tiada bukti saintifik, saya seakan percaya juga bahawa ada sedikit ikatan misteri antara sesetengah kucing dengan sesetengah orang.

Adakah kucing itu waspada, bertindakbalas dan suka bermain? Anda boleh mengujinya dengan melemparkan mainan yang mudah, seperti gumpalan kertas seakan bola. Kesemua ujian mudah ini akan memberikan anda sedikit gambaran tentang bagaimana personaliti seseekor kucing. Walaupun dengan anak kucing yang sihat, kos jagaan kesihatannya adalah tinggi sedikit berbanding kucing dewasa kerana mereka lebih terdedah kepada penyakit. Mereka juga memerlukan rutin kesihatan yang lebih banyak pada umur muda, termasuklah vaksinasi, ujian viral dan neuter atau spa.

3 watak di akhir zaman!!!renungan bagi umat manusia...

Tiga Watak Di Akhir Zaman

02 December 2009

KAJIAn MAsjiD LAMA, SUngAI SEliSEK, SELAngoR..

KaMi BERliMA teLAH DIbeRIKAN TUgaSAN BAGi kURsus SENI ISLAM PERBANDINGAN...TUGASannYa KAMi peRLU meNGkajI UnsuR2 SEni ISlam SEPERti KUbah, TuliSAn, MimBA, MihrAB, UKiraN PADa DInDing DAn APa SAJa YAng BerKAitan....SEronok juGA mENgkAji MASjid SEmemAngnya ItuLah pAtut KIta LAkukan bukAn HAnyA BEribadat DI MASjid MAlah DAPAt mengEtahui ASAl usul mASJid...
KAMi BERtolAk SEkitar JAM 12.30 Tgahari...tibAnya kami DI masjiD, Azan ZUHUr BERkumandang DAN KAmi mengAMbil KESEmpatan untuk MEnunAIkan solat di situ...PEngalaMAN menyeronokkaN kEranA SAmbil kita MEnuntut Ilmu DAPat jugA menambAh pAHala...WAlaupUN SALAH SEorang DARi KAMi bukan BEragaMA islam NAmun BELiau MENghoRmati DAn sangguP tuRut serta MENgKAji DAN MEnyaksikaN sendiRI....TEmi KASih kepADA bebeRAPA penDUDUk di situ keranA MEMbeRikan KErjasama dan layanaN YANg BAik....ahli KUmpuLAn...ZUlAIkhA, Ikin, IAda, BERudi, DAn FIrdAUs..