Posts

Showing posts from July, 2009

PUISI TERISTIMEWA

kekecewaan, kedukaan dan kepedihan jadi agenda dalam perkenalan kau diundang duka dari semaian persahabatan yang luntur dari samar pandangan seorang insan jahil pegangan dan.. aku pedih atas satu hirisan hanya satu kesilapan tapi.. kita gagahi pendirian agar tidak luntur semangat perjuangan lantaran itu kita dipertemukan bagi mengubat kelukaan inilah hikmah atas kekuasaan mengikis seribu bebanan tahukah dikau disebalik samaran hadir cahaya sinari kegelapan kerana.. hadirmu membangkit harapan membina sejuta impian dalam meniti ranjau perjalanan berbunga sudah sebuah perasaan kasih sayang andai diizinkan untuk sama tempuhi dugaan bisakah persahabatan ini hingga ke hujung dunia...

PEPERANGAN MASA KINI

kusingkap helaian sejarah peperangan memapar kuasa, keganasan dan kekejaman mengumpul sengketa, memikul senjata tinggalan perang leburlah sebuah negara pada era ini, di negara harmoni sebegini wargamu terus menikmati persengketaan ngeri peperangan tidak jua henti-henti cuma tanpa letupan bom dan hamburan peluru lagi penyalahgunaan dadah terus kita perangi kelak ia bukan lagi musuh teratas sekali laungkan permusuhan habis-habisan merempuh batas-batas kejahilan membadai segala sengsara merobek cita-cita musuh negara kehairanan memuncak lagi kerenah musuh menjadi-jadi siapakah bala tenteranya dimanakah medan perangnya apakah senjata yang dipakainya mungkinkah juga taktik Mao Tze Tong tetap bersemi bila anda datang kami sembunyi bila anda berhenti kami menganggu bila anda berada di dalam kesusahan kami menyerang dan bila anda lari kami kejar tetapi komunis hampir juga lenyap lantaran hikmah pemimpin negara kita apa lagi, engkau dadah yang ku benci tidak kira lapisan, akan ku pujuk juga med

CERITA YANG LUKA

insan yang mulia yang bergelar warga dunia masihkah terlena dibuai cerita luka anak-anak remaja dan belia tidak kira apa warna tidak kira apa anutannya dinodai kesuciannya dengan ganja, morphin, heroin dan sebangsa dengannya. gara-gara ingin mencuba atau menyelesaikan kekusutan yang ada atau dipengaruhi oleh rakan sebaya tanpa jati diri tanpa semangat waja dadah dipilih rakan setia kini bait dan gemanya bermukim di media massa saban hari ia telah menundukkan: kepandaian seorang mahasiswa kejelitaan seorang wanita kenakalan seorang remaja kealiman seorang beragama masa remajamu melayang dilanda kemelut dinodai dengan dadah yang menghulur nafsu dan kealpaan melerai kasih ayah bonda memusnah cinta agama dadah parasit dan pembunuh pernah dinobatkan musuh nombor satu negara pelebur impian dan cita-cita manusia perampas erti bahagia bersama asap, debu dan suntikan insan yang mulia bukalah matamu hayunkanlah langkahmu agar lenyap cerita yang luka ini dengan agama mengajar manusia menjadi baik

MOTIF UKIRAN KAYU: BUNGA CEMPAKA PUTIH

Image
MOTIF - BUNGA CEMPAKA NAMA SAINTIFIK : MICHELIA CHAMPACA LATAR BELAKANG BUNGA CEMPAKA Cempaka merupakan sejenis tumbuhan renek berkayu yang biasanya tumbuh di hutan. Ia boleh dibezakan melalui warna bunganya. Pokok cempaka sering kali dijadikan sebagai pokok peneduh. Manakala bunga cempaka yang cantik dan berbau harum sering digunakan sebagai perhiasan rambut. Terdapat jenis-jenis bunga Cempaka, antaranya ialah: · bunga Cempaka Putih ( Michelia alba DC) · bunga Cempaka embun (Michelia figo) · bunga cempaka telur (magnolia coco) · bunga cempaka kuning (Michelia champaka Linn) Perbezaan antara cempaka putih dan cempaka kuning adalah daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin manakala daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilituli oleh rerambut halus. Daun cempaka mempunyai bentuk seperti telur dengan bahagian bawah daun berbulu. Setiap kuncup daun dilitupi oleh dua helai daun pelindung. Buahnya boleh dimakan dengan rasa yang amat sedap tetapi biji buahnya mempunyai rasa ya

HAKIM TIDAK PROFESIONAL

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN TIDAK PROFESIONAL!!! PEMIKIRAN HAKIM PERTANDINGAN BEGITU JAHIL!!! saya berasa malu dan hairan juga apabila ada beberapa guru yang dilantik untuk menjadi hakim dalam pertandingan peringkat kebangsaan mempunyai daya pemikian yang jauh ketinggalan sedangkan zaman semakin berteknologi namun daya pemikiran guru tidak berubah!!! folio yang dipertandingkan KALAH DISEBABKAN HAKIM MENGATAKAN FOLIO INI TERLALU HEBAT UNTUK PELAJAR YANG BUAT!!!! ITULAH SAYA KELUARKAN ISTILAH KUNO KERANA ITULAH YANG BOLEH MENGGAMBARKAN PERSONALITI 4 ORANG HAKIM TERSEBUT….KENAPALAH OTAK HAKIM TERSEBUT TIDAK MEMIKIRKAN MEREKA ITU SKANG DUDUK KAT ZAMAN MANA? SEKARANG DAH ERA BERTEKNOLOGI, TIDAK MUSTAHIL PELAJAR SEKARANG BIJAK IT…HAKIM MEMANG KUNO YANG AMAT!!!! kenapa saya memberi kenyataan seperti itu???,,,,bacalah selanjutnya jika ingin mengetahui cerita ini dengn lebih terperinci… biar saya ceritakan dengan teratur lagi…. ini bukan kisah saya namun say

STUDIO KAYU

Sinopsis KursusStudio kraf Kayu Halus ini, merupakan asas pendedahan kepada kraf tradisional Melayu. Kursus ini, mahasiswa diberi pendedahan tentang pengetahuan asas dan teknik-teknik dalam menghasilkan kraf kayu tradisional yang bersesuaian dengan keperluan kurikulum pendidikan seni sekolah menengah. Mahasiswa akan diberikan latihan kemahiran secara khusus dengan teori dan amali dalam studio sebagai persediaan proses penciptaan kraf kayu tradisional sesuai dengan prinsip-prinsip dalam ukiran Melayu. Objektif Kursus Pada akhir kursus dijangka pelajar dapat ; Melahirkan mahasiswa (intelektual) yang berpengetahuan dalam aspek teknikal dalam menghasilkan kraf yang mempunyai kesinambungan dengan nilai-nilai budaya dan warisan Melayu. Melahirkan calon guru yang pengetahuan, berkemahiran, berketerampilan dan kreatif dalam proses P & P serta kreatif menghasilkan kraf Melayu khususnya ukiran kayu. Menanamkan nilai keperibadian serta jatidiri bangsa melalui kraf tradisional dengan m
APAKAH ITU KUBISME? PENGENALAN Kubisme merupakan satu zaman dalam gerakan seni yang juga sebuah gerakan moden seni rupa pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Kubisme adalah menampilkan objek berbentuk geometri seperti kubus sfera dan lain-lain lagi. Prinsip-prinsip umum pada kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, distorsi, overlap, penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dan aneka jenis tampak. Gerakan ini di mulakan pada lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. SEJARAH KUBISME Zaman kubisme bermula dari pegangan seorang pelukis yang mashyur. Lahirnya aliran Kubisme pada tahun 1905 merupakan hasil titik peluh pelukis Pablo Picasso dan Brague. Yang menjadi pertanyaannya ialah dari mana idea lukisan yang saat itu membuat menfokuskanseni lukis. 1. Picasso banyak mempelajari patung afrika (sekilas mirip patung Asmat) yang bentuknya lonjong dan proporsinya tidak normal atau tidak realisme. 2. Pe
Image
RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS) SMK METHODIST, TANJONG MALIM, PERAK. 18 MEI -29 MEI 2009 FALKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. Kenangan Ketika menjalani ROS di SMK Methodist iaitu sekolah yang telah ku jejaki dan menimba ilmu selama ini... banyak ilu yang telah kami pelajari selama berada di sekolah ini dan merasai bagaiman tugas seorang guru... bukannya senang sebenarnya...harap2 apa yang telah ditunjuk ajar oleh guru kami dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya..