Posts

Showing posts from August, 2009

unsur seni -rupa

Unsur Seni - Rupa

BENTUK-BENTUK SILAT DALAM UKIRAN KAYU

pengertian silat reka bentuk ukiran timbul yang menonjolkan motif bunga ukir pada ukiran kayu. jenis bentuk silat ukiran kayu: - silat belah rotan bahagian tepu tebukan ukiran kayu silat ini dibulatkan separuh. - silat dada tuma terdapat dua lengkungan separuh bulat, dan lengkungan pada silat ini kelihatan lebih hidup dan bergaya. - silat leper silatnya hampir sama dengan silat belah rotan tetapi lebih lebar dan rendah. - silat serong terdapat juring atau penjuru tajam pada tepi silat kerana silatnya serong. - silat minangkabau bahagian tengah silat tinggi dan tajam manakala kedua-dua bahagian tepi silat ini direndahkan.

SENI UKIRAN KAYU

Image
Pengenalan Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli. Sejarah Ukiran Kayu Melayu Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran M