Posts

Showing posts from March, 2011

TRANFORMASI PERHIASAN DIRI (KERONGSANG) -STUDIO CETAKAN

ISU BUDAYA (TRANFORMASI PERHIASAN DIRI - KERONGSANG) 1.0 Perubahan Kerongsang Fungsi kerongsang pada asalnya hanya sebagai penyemat baju kebaya namun peredaran masa telah mengubah budaya kerongsang itu sendiri mengikut citarasa generasi masa kini. Kerongsang bukan lagi sebagai penyemat baju sahaja, malah sebagai hiasan pada wanita khususnya untuk menampakkan seri apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Perubahan kerongsang adalah aspek rekabentuk kerongsang dan penggunaannya yang pelbagai. 1.1 Rekabentuk Kerongsang Jika dilihat kerongsang di pasaran pada masa kini mempunyai pelbagai jenis rekabentuk kerongsang yang menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Dengan kreativiti yang dimiliki oleh pereka kerongsang itu sendiri, pelbagai ciptaan telah dikeluarkan di dalam pasaran seperti kerongsang berunsurkan flora, fauna dan sebagainya. Kerongsang yang berunsurkan flora seperti bunga raya yang diolah dengan pelbagai warna bagi menampakkan kelainan. S