20 September 2012

bangkit dari kesedihan


hampir dua tahun peristiwa itu berlalu...
hampir dua tahun jugalah aku bersedih..
mengenangkan insan yang aku cintai..
pergi meninggalkanku ...

aku tidak boleh gambarkan keadaan sewaktu awal perpisahan itu..
sangatlah pahit untuk diimbas kembali...

aku kenalinya sejak dibangku sekolah..
bermula disitu kami menjadi sahabat..
kemudiannya hari demi hari..
timbul rasa perasaan yang lain..

hampir lima tahun perhubungan kami..
kemudian kami berpisah kerana salah faham...
semuanya terlambat untuk menjelaskan..
kerana dia akan berkahwin..
ahhh sudah pun berkahwin...

tipulah aku katakan aku tidak meratapi dengan semua ini...
susahnya aku bangkit dari kepahitan itu..
hari-hari yang aku lalui seperti kosong ...
apabila aku buka mata hanya dia yang ku teringat...
kadang terfikir betapa bodohnya aku kerana masih mencintai orang yang telah pun menjadi milik orang lain..


bukan aku tidak memaksa diri untuk melupakannya..
pelbagai cara aku lakukan untuk lupakan semua ini...
dari aku celikkan mata hinggalah larut malam...
aku melakukan kerja,kerja dan kerja...
hingga aku merasa penat teramat sangat lalu mata terpejam..
itupun susah untuk memejamkan mata ini...
hingga aku rasa aku terlalu penat melalui semua ini..
penat sangat untuk hadapinya seorang diri...

kenapa aku masih mengingatinya lagi sedangkan hampir dua tahun berlalu...
kenapa aku masih mencintainya sedangkan dia sedang bahagia bersama keluarganya..
kenapa aku masih tertunggu sedangkan dia tidak akan kembali kepadaku...

aku kuatkan hati..
aku kuatkan tubuh..
aku kuatkan jiwa dan semangat..
aku harus jalani hidup tanpa dia...
melangkah kehadapan dan jangan pandang kebelakang lagi..
kerana di belakang itu penuh dengan kisah sedihku..
yang aku sendiri tidak mampu mengalaminya untuk sekali lagi...

kini dan saat ini..
keadaan diriku sudah stabil dan berfikir waras...
apa yang berlaku pasti ada sebabnya..

aku belajar dari hari-hari semalam...
aku dekatkan diri dengan pencipta..
aku menangis sepuas-puas dihadapan Allah..
hanya Allah yang mengetahui sakitnya hatiku ini...
mungkin Allah ingin menduga aku..
mungkin Allah berikan ujian atas dosaku..
semua ini rahsia Allah..

aku bangkit dari kesedihan..
aku bangkit untuk jalani kehidupan didunia ini..
yang Allah berikan padaku tidak aku persiakan..
aku berusaha dan terus berusaha...

walau aku tidak lagi bertemu dengannya...
walau aku tidak lagi mendengar suaranya..
aku tidak mampu membencimu dengan apa yang kau lakukan padaku..
aku tidak mampu mengatakan kau musuhku..
tapi doakanlah kebahagiaan diriku juga sepertimana aku mendoakan dirimu dari jauh..

aku yang tersilap langkah..
seharusnya aku hanya menjadi sahabat dengan dia sahaja..
walau kau bukan cintaku lagi..
tapi kau adalah sahabat aku..
kita bermula dari sahabat dan biarlah berakhir dengan sahabat..

Allah itu maha perancang segalanya..
Allah sudah tentukan kehidupan yang lebih untuk diriku..
cuma aku tercari-cari kehidupan tersebut..
ya..aku bersyukur dengan apa yang aku ada..
Allah sentiasa bersama ku ..

aku bangkit dari kesedihan untuk mencari cinta Allah..
itu yang lebih baik ...





kata-kata ika : setiap yang berlaku pasti bersebab..cuma kita masih belum nampak sebabnya..kuatkan hati untuk hadapi kehidupan dunia yang penuh cabaran..letakkan ALLAH SWT disisi kita insyallah..kita akan terselamat dari mala petaka dunia...

07 September 2012

BERSYUKUR DENGAN KELEBIHAN DAN BERSABAR DENGAN KEKURANGAN...

kadangkala bila difikirkan..
terlalu banyak perubahan dalam hidup kita..
dari kita kecil hinggalah mencecah usia dewasa ini...
 kadangkala kita menyalahkan takdir..
padahal ALLAH SWT telah aturkan yang terbaik untuk kita..


setiap dugaan yang ALLAH SWT berikan kepada kita pasti ada sebab dan alasannya...
kenapa kita perlu menyalahkan takdir?
kenapa kita tidak menyalahkan kehinaan kita pada masa lampau?
sudah yakinkah kita bahawa dosa-dosa yang lalu telah diampunkan oleh ALLAH SWT ...
jangan tanya pada ALLAH SWT kenapa semua ini terjadi...
tanyalah pada diri adakah kita sudah cukup amal ibadah...



Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]


Hinanya seorang manusia  apabila dia tidak menyedari kekhilafannya..
hinanya seorang manusia apabila riak dengan segala perbuatannya...
hinanya seorang manusia apabila tidak mengamalkan ajaran ISLAM..




kata-kata ika : setiap manusia ada kekurangannya namun kita sebagai umatnya haruslah bersabar dengan kekurangan itu...namun janganlah pula riak dengan kelebihan yang ada..


~assalamualaikum~



01 September 2012

bila hati kegelisahan...

bila ika berada didalam tertekan...
sesuatu yang ika minat mesti perlu dilakukan...
untuk menghilang rasa tidak tenteram..
ika lakukan origami...
sudah semestinya kerja senilah...hahahha


 ini origami kemeja ...boleh dijadikan kad ...




ini origami bunga...boleh dijadikan hiasan majlis perkahwinan...



inilah hasil ku hari ini....happy semuanya menjadi...





kata-kata ika: setiap manusia ada cara untuk menyenangkan jiwa mereka yang sedang keresahan...bagi ika ini cara ika melakukan kerja seni ...kenapa ika lakukan kerja dalam keadaan resah????sepatutnya ika duduk diam2 je kan...ehem3...selagi kita duduk diam selagi itu ika rasa resah tak menentu..selepas ika solat mohon pada Allah SWT agar memberi petunjuk pada ika then ika akan teruskan kerja..biarlah smpai lewat mlm sekali pun ika lakukan sampai siap ..pasti ika puas walaupun keresahan tetap ada..bila badan dah terlalu letih  otak dah xmampu berfikir...insyallah ika akan tidur lena...


~assalamualaikum~