~mari bekerja~

kerja ika????
apa ya...hehe..
alhamdulillah selepas habis sahaja study di Universiti Pendidikan Sultan Idris, ika apply untuk menjadi guru ganti sementara ika dapat posting..
posting???tidak tahulah bila...hope dipercepatkan..insyallah...
dah nama pun belajar di universiti PENDIDIKAN ...so ika apply jadi guru ganti untuk memperkukuhkan, menyatupadukan pengalaman mengajar..chewah...


ok..mari ika bercerita sedikit mengenai rutin kerja ika ..
semasa ika menjadi guru ganti buat pertama kalinya pada bulan februari 2012 xsilap ika..
ika menggantikan guru bahasa melayu..maknanya ika mengajar bahasa melayu bagi tingkatan 3 dan tingkatan 4...
cabaran???..susah digambarkan bagaimana untuk mengawal kelas yang begitu nakal pelajarnya..
oppss..lupa untuk memberitahu lokasi nya...ika mengajar di SMK Methodist tg malim iaitu tempat ika belajar sewaktu masa dahulu...dulu belajar sekarang mengajar..rasa janggal juga awalnya kerana ika bergandingan dengan rakan sekerja yang merupakan cikgu yang pernah mengajar ika dulu..
untuk pertama kali menjadi guru ganti ika xpula snap gambar ditontonkan...xbeskan xde gmbar untuk dijadikan memori..xpelah..


kemudiannya ika sambung lagi kontrak menjadi guru ganti...kali ini ika menjadi guru Pendidikan Jasmani...waa sangat berwarna-warni hidupku....semuanye redah..tapi bukan redah semata-mata..
ingat senang ker nak jadi guru???sebelum anda mengajar ,anda perlu membuat persiapan yang padu!!jika tidak pengajaran pasti terganggu..budak2 sekarang punyalah cerdik..kadangkala soalan yang tak terjangka mereka tanya..so persediaan wajib ada...
bayangkan 1 hari kita mengajar 4 kelas yang berlainan tajuk atau berlainan subjek, bermakna 4 tajuk yang perlu kita bersedia...
selain menjadi guru PJK,,ika juga mengajar Pendidikan Seni!!!..ya itulah opsyen sebenar ika!!!...
begitu sukanya dapat mengajar opsyen sendirikan...



ini ABM(alat bantu mengajar) yang ika buat sendiri untuk ditunjukkan kepada murid ika..
bahannya ialah clay ..ala yang dulu kita kecik main gak..plasesin kot kita panggil..
modalnye pun xmahal so tidak menjadi masalah untuk pengajaran...ini ika lakukan untuk tajuk arca yang bertemakan buah-buahan....




hasil murid ika ..logenthiran namanya...jadikan walaupun ika mengajar kelas peralihan namun objektifnya tercapai sepenuhnya..mereka sangat teruja!



 hasil kerja murid lagi...




dan lagi....


ok kemudiannya ika membuat tajuk pembungkusan menggunakan teknik trick dalam catan iaitu semburan straw...ala dulu time kita tadika selalu tiup straw..letak sikit warna air pas tue semburkan pada kertas...


inilah ABM seni ika seterusnya...beg kertas dalam tajuk pembungkusan..senang bukan..
namun di dalam kelas kita harus menunjukkan satu persatu langkah dan pastikan murid dapat mengikutinya..
maknanya kita melakukan bersama mereka...




ini pula himpunan kertas peperiksaan pertengahan tahun untuk diperiksa..banyak lagi hendak diuruskan..
pen merah wajib ada bagi seorang guru ok!..hahaha..



setiap hari isnin akan ada perhimpunan rasmi..rasanya semua sekolah pun begitu kan..



gubahan pentas iaitu pokok dihadapan pentas hasil gubahan kami bersama...




sibuk nampak cikgu semua kan..hahaha..semuanya gara-gara PBS..adoi..




semasa raptai sukan 2012...teringat zaman sekolah dahulu..setiap tahun mesti ika masuk kawad dari form 1 sampai form 5....




memantau guru pelatih UPSI..teringat time praktikum dulu...




my style at school...




gelagat murid kelas peralihan...





No comments: