Posts

Showing posts with the label PUISI

PUISI TERISTIMEWA

kekecewaan, kedukaan dan kepedihan jadi agenda dalam perkenalan kau diundang duka dari semaian persahabatan yang luntur dari samar pandangan seorang insan jahil pegangan dan.. aku pedih atas satu hirisan hanya satu kesilapan tapi.. kita gagahi pendirian agar tidak luntur semangat perjuangan lantaran itu kita dipertemukan bagi mengubat kelukaan inilah hikmah atas kekuasaan mengikis seribu bebanan tahukah dikau disebalik samaran hadir cahaya sinari kegelapan kerana.. hadirmu membangkit harapan membina sejuta impian dalam meniti ranjau perjalanan berbunga sudah sebuah perasaan kasih sayang andai diizinkan untuk sama tempuhi dugaan bisakah persahabatan ini hingga ke hujung dunia...

PEPERANGAN MASA KINI

kusingkap helaian sejarah peperangan memapar kuasa, keganasan dan kekejaman mengumpul sengketa, memikul senjata tinggalan perang leburlah sebuah negara pada era ini, di negara harmoni sebegini wargamu terus menikmati persengketaan ngeri peperangan tidak jua henti-henti cuma tanpa letupan bom dan hamburan peluru lagi penyalahgunaan dadah terus kita perangi kelak ia bukan lagi musuh teratas sekali laungkan permusuhan habis-habisan merempuh batas-batas kejahilan membadai segala sengsara merobek cita-cita musuh negara kehairanan memuncak lagi kerenah musuh menjadi-jadi siapakah bala tenteranya dimanakah medan perangnya apakah senjata yang dipakainya mungkinkah juga taktik Mao Tze Tong tetap bersemi bila anda datang kami sembunyi bila anda berhenti kami menganggu bila anda berada di dalam kesusahan kami menyerang dan bila anda lari kami kejar tetapi komunis hampir juga lenyap lantaran hikmah pemimpin negara kita apa lagi, engkau dadah yang ku benci tidak kira lapisan, akan ku pujuk juga med...

CERITA YANG LUKA

insan yang mulia yang bergelar warga dunia masihkah terlena dibuai cerita luka anak-anak remaja dan belia tidak kira apa warna tidak kira apa anutannya dinodai kesuciannya dengan ganja, morphin, heroin dan sebangsa dengannya. gara-gara ingin mencuba atau menyelesaikan kekusutan yang ada atau dipengaruhi oleh rakan sebaya tanpa jati diri tanpa semangat waja dadah dipilih rakan setia kini bait dan gemanya bermukim di media massa saban hari ia telah menundukkan: kepandaian seorang mahasiswa kejelitaan seorang wanita kenakalan seorang remaja kealiman seorang beragama masa remajamu melayang dilanda kemelut dinodai dengan dadah yang menghulur nafsu dan kealpaan melerai kasih ayah bonda memusnah cinta agama dadah parasit dan pembunuh pernah dinobatkan musuh nombor satu negara pelebur impian dan cita-cita manusia perampas erti bahagia bersama asap, debu dan suntikan insan yang mulia bukalah matamu hayunkanlah langkahmu agar lenyap cerita yang luka ini dengan agama mengajar manusia menjadi baik...