Posts

Showing posts with the label STUDIO KAYU

BENTUK-BENTUK SILAT DALAM UKIRAN KAYU

pengertian silat reka bentuk ukiran timbul yang menonjolkan motif bunga ukir pada ukiran kayu. jenis bentuk silat ukiran kayu: - silat belah rotan bahagian tepu tebukan ukiran kayu silat ini dibulatkan separuh. - silat dada tuma terdapat dua lengkungan separuh bulat, dan lengkungan pada silat ini kelihatan lebih hidup dan bergaya. - silat leper silatnya hampir sama dengan silat belah rotan tetapi lebih lebar dan rendah. - silat serong terdapat juring atau penjuru tajam pada tepi silat kerana silatnya serong. - silat minangkabau bahagian tengah silat tinggi dan tajam manakala kedua-dua bahagian tepi silat ini direndahkan.

SENI UKIRAN KAYU

Image
Pengenalan Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli. Sejarah Ukiran Kayu Melayu Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran M...

MOTIF UKIRAN KAYU: BUNGA CEMPAKA PUTIH

Image
MOTIF - BUNGA CEMPAKA NAMA SAINTIFIK : MICHELIA CHAMPACA LATAR BELAKANG BUNGA CEMPAKA Cempaka merupakan sejenis tumbuhan renek berkayu yang biasanya tumbuh di hutan. Ia boleh dibezakan melalui warna bunganya. Pokok cempaka sering kali dijadikan sebagai pokok peneduh. Manakala bunga cempaka yang cantik dan berbau harum sering digunakan sebagai perhiasan rambut. Terdapat jenis-jenis bunga Cempaka, antaranya ialah: · bunga Cempaka Putih ( Michelia alba DC) · bunga Cempaka embun (Michelia figo) · bunga cempaka telur (magnolia coco) · bunga cempaka kuning (Michelia champaka Linn) Perbezaan antara cempaka putih dan cempaka kuning adalah daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin manakala daun cempaka kuning mempunyai permukaan yang dilituli oleh rerambut halus. Daun cempaka mempunyai bentuk seperti telur dengan bahagian bawah daun berbulu. Setiap kuncup daun dilitupi oleh dua helai daun pelindung. Buahnya boleh dimakan dengan rasa yang amat sedap tetapi biji buahnya mempunyai rasa ya...

STUDIO KAYU

Sinopsis KursusStudio kraf Kayu Halus ini, merupakan asas pendedahan kepada kraf tradisional Melayu. Kursus ini, mahasiswa diberi pendedahan tentang pengetahuan asas dan teknik-teknik dalam menghasilkan kraf kayu tradisional yang bersesuaian dengan keperluan kurikulum pendidikan seni sekolah menengah. Mahasiswa akan diberikan latihan kemahiran secara khusus dengan teori dan amali dalam studio sebagai persediaan proses penciptaan kraf kayu tradisional sesuai dengan prinsip-prinsip dalam ukiran Melayu. Objektif Kursus Pada akhir kursus dijangka pelajar dapat ; Melahirkan mahasiswa (intelektual) yang berpengetahuan dalam aspek teknikal dalam menghasilkan kraf yang mempunyai kesinambungan dengan nilai-nilai budaya dan warisan Melayu. Melahirkan calon guru yang pengetahuan, berkemahiran, berketerampilan dan kreatif dalam proses P & P serta kreatif menghasilkan kraf Melayu khususnya ukiran kayu. Menanamkan nilai keperibadian serta jatidiri bangsa melalui kraf tradisional dengan m...