23 October 2012

kaji oh kaji...mari pikir...

apa yang kita lakukan pasti ada hala tujunya bukan?
begitulah dengan diri ika..
ika tidak tahu apa yang ika akan jadi pada masa depan...
cuma ika mahukan ilmu untuk dibekalkan masa depan...
ika sedang membuat kajian untuk my master...
ya...
mengenai pengajaran dan pembelajaran menggunakan internet di malaysia khususnya..
walaupun isu penggunaan komputer sudah lama diperkatakan sebagai bahan bantu mengajar...
tapi usaha itu tidak diperkasa dari semasa ke semasa....

malas nak tulis panjang2..
ada masa ika kemaskini mengenai kajian ini...
semoga apa yang ika lakukan dipermudahkan ALLAH..
insyallah...




kata-kata ika: usaha itu perlu ada dan yang paling penting adalah jangan kita berputus asa walau kita gagal seberapa banyak sekalipun...

14 October 2012

sekadar persinggahan ketika kesunyian...

bisiklah pada diri mu wahai ika..bisikkanlah supaya tidak bersedih..
kuatkanlah hatiku dengan kesedihan yang ku lalui..
entah kenapa hatiku terguris buat sekian kalinya...gurisan yang sangat menyakitkan...
walauku cuba sedaya membuang kenangan itu...
tapi air mata tidak dapat menipu kesakitan itu...
Adakah diri ini betul-betul membenci atau sebaliknya...
sepatutnya hatiku gembira dan bersyukur kerana telah menemui cinta sejatinya...
Namun apa yang ku rasa sekarang adalah seperti sampah..
ya sememangnya seperti sampah..
Bila ku diperlukan aku dicari bagi menemani hari-hari sepi...
tapi bila sudah menemui kebahagiaan..... 
aku dibuang bagaikan patung yang tidak bernyawa...
baru disaat ini aku tersedar dari lamunan ku selama ini...
baru tersedar rupanya diriku hanya sekadar persinggahan ketika kesunyian..
kemudian dibiarkan hatiku dicampak dimerata-rata...
hingga dia lupa bagaimana hendak mengembalikan hati yang telah dianggap seperti bangkai sampah..
dia lupa merawat hati yang telah dia lukai..
dia lupa dengan kata-katanya....


jika kesedihan dan kesakitan ini ada ubatnya..
telah lama aku menelannya sebanyak mungkin ...
Ya Allah........
berikanlah aku teman yang sentiasa beriman pada Mu ..
yang dapat membimbing ku ke jalan Mu..supaya kesakitan itu akan terubat nanti..insyallah..




kata-kata ika: setiap masa kita bersedih ingatlah pada Allah SWT..kerana hanya DIA sahaja yang tahu situasi kita sebenarnya....