pop art + rujukanku
DEFINISI POP ART
Perkataan “Pop Art” itu sendiri telah mengambarkan sesuatu yang baru dan moden. istilah “pop” merujuk kepada takrifan yang diberi oleh Alloway sebagai:
Popular mass culture and vernacular imagery of the comtemporary urban environment…pop Culture is manifest in our everyday experience through photography, movies, billboard, comodoty, packaging, commercials and visuals…we hardly notice them though we absorb them totally.
Seni Pop secara luasnya ditafsirkan sebagai reaksi kepada idea-idea dominan gaya lukisan abstrak dan sebagai perkembangan kepadanya. Seni pop menggunakan imej popular untuk menentang kebudayaan kumpulan elit dalam seni, menekankan elemen-elemen yang tidak menarik atau pertunjukkan seni yang tidak bernilai dalam sebarang kebudayaan. Ianya juga ditakrifkan oleh artis untuk mempersembahkan teknik-teknik yang mengurangkan kepentingan ekspresif tangan artis.
Kebanyakkan Pop Art dipertimbangkan secara akademik sebagai organisasi luar biasa dengan menggunakan latihan yang selalunya sukar untuk difahami. Pop Art dan pengurangannya dipertimbangkan untuk menjadi pergerakan seni moden yang terakhir dan mendahului kepada seni postmodern.
Walaupun ianya ditandakan sebagai menajamkan seni kerja mengecat dan gambaran, namun Pop Art juga merupakan tindak balas kepada gaya lukisan abstrak. Walaubagaimanapun, ianya merupakan penyambungan kepada aspek-aspek tertentu gaya lukisan abstrak seperti kepercayaan kebolehan untuk seni terutamanya bagi kerja seni yang berskala besar.
Pop Art juga adalah sambungan dan penolakan Dadaisme. Pop Art dan Dadaisme telah menerokai kebanyakan subjek yang sama, Pop Art telah menggantikan perkara yang bersifat sindiran dan memusnahkan pergerakan Dadaisme dengan pengesahan kebudayaan artifak yang terpisah.
SEJARAH POP ART
Zaman Pop Art telah muncul pada pertengahan tahun 50-an di Britain dan Amerika Syarikat. Aliran ini dipelopori oleh Lawrence Alloway. Beliau menubuhkan kumpulan “The Independent” kerana bertujuan mencari idea dan menuju kearah dunia baru seni lukis melalui kekaguman terhadap simbol dan makna iklan, komik dan filem Amerika Syarikat.
Pada masa kemunculan zaman Pop Art ini, banyak kalangan yang beranggapan bahawa karya pop adalah karya yang tidak mempunyai nilai estetik dan hanya sebuah karya yang diciptakan untuk kesenangan belaka. Tapi disamping itu juga, banyak pula orang yang beranggapan bahawa karya pop adalah sebuah karya yang tercipta dari kebebasan berekspresi dan membuktikan bahawa tiadanya diskriminasi di dalam bidang seni. Malahan ada yang beranggapan bahawa dengan adanya karya pop, masyarakat diajak untuk lebih objektif dalam melihat sesebuah karya dan pada masa itu banyak orang yang beranggapan bahawa ada dominasi seniman abstrak ekspresionisme dari Eropah dan Amerika.
Robert Rauschenberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis Pop Art yang pertama. Pelukis Pop Art England yang pertama ialah Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blake dan Allen Jones. Manakala bagi pelukis Pop Art Malaysia yang pertama terdiri daripada Ismail Zain, Redza Piyadasa dan Ahmad Shukri Mohamad.
Aliran ini membentuk sistem formal dalam seni halus yang menjurus kepada promosi produk. Objek yang popular akan menjadi subjek yang utama dalam aliran ini. Pop art juga berkisarkan kepada hasil kebudayaan yang popular yang bersifat komersial dan materialistik. Pop Art juga dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspresionisme apabila menggunakan imej bergambar serta teknik-teknik “hard-edge” dan fotografi.
Pop Art memihak kepada seni yang dianggap rendah berdasarkan imej-imej kartun, komik, imej, iklan, potret bintang filem, dan lain-lain. Individu yang popular dan watak-watak dalam komik menjadi subjek yang ingin ditonjolkan. Penerokaan teknik baru seperti penggunaan teknik cetakan saring sutera diaplikasikan dalam penghasilan karya. Seni ini juga dianggap sebagai seni zaman kepelbagaian gaya atau dikenali sebagai pluralisme of style.
Pop Art di dalam bidang rekaan berlangsung sekitar pertengahan 60-an hingga tahun 1970. Gaya rekaan diperkenalkan dalam Pop Art kerana terdapat uasaha bagi mengangkat kembali unsure-unsur tradisional Amerika Syarikat sperti teknik pewarnaan blok dan outline pada komik. Selain itu, kesan dari budaya Pop Art muncul pula kegemaran akan poster sebagai media ekspresi daripada gerakan-gerakan social seperti gerakan pembela hak wanita.
Ciri-ciri Pop Art
Perkara yang popular akan menjadi ikon untuk menghasilkan krya Pop Art. Pop art biasanya menggunakan imej-imej daripada gambar. Imej dalam aliran tersebut biasanya dihasilkan dengan ciri-ciri humor dan juga kritikan. Karya Pop Art biasanya dilukis berdasarkan sesuatu keadaan dalam kehidupan kita seperti komik, kartun, dan juga iklan.
Boleh dikatakan Pop Art ini adalah mudah dan disebabkan teknik inilah terdapat beberapa pendapat yang menyatakan Pop Art ini tidak mempunyai nilai estetik yang bagus dan tidak dinamakan seni. Bagi penghasilan karya pula ,seniman seni pop suka menggunakan teknik-teknik yang mudah dan cepat seperti hard-edge. Penggunaan warna agak mudah berbanding dengan karya realistik. Teknik yang paling penting dalam penghasilan karya seni pop ialah penggunaan warna , seni pop lebih kepada warna yang lebih ceria, menyerlah dan penggunaan warna yang terang pada permukaan ruang yang berbidang besar. Apa yang kita perhatikan, zaman Pop Art menggunakan warna yang asas untuk dicalit ke atas karya.
Di samping itu,seniman Pop Art lebih suka menggunakan garisan tebal dalam penghasilan karya mereka. Bermakna Pop Art tidak mempunyai keperincian dan sapuan warna yang rata. Selain itu, Perkembangan teknologi pencetakan adalah semaju dengan apa yang kita ada sekarang. Oleh itu,sudah tentu seni pop akan berkembang dengan lebih maju lagi. Karya Pop Art yang popular adalah imej yang dilukis yang terkenal pada ketika itu.
Andy Warhol
Tokoh ini adalah artis kelahiran Amerika iaitu sekitar 1928-2987. Andy Warhol dilahirkan pada 6 Ogos 1928, di Bandar industry Pittsburgh, Pennsylvania. Beliau juga menggunakan banyak imej popular yang terdapat dalam media massa untuk dicalitkan pada kanvasnya. Beliau banyak mengambil imej dari seni reka komersial dan pengiklanan masa sebagai subjek karyanya.
Tokoh ini adalah artis kelahiran Amerika iaitu sekitar 1928-2987. Andy Warhol dilahirkan pada 6 Ogos 1928, di Bandar industry Pittsburgh, Pennsylvania. Beliau juga menggunakan banyak imej popular yang terdapat dalam media massa untuk dicalitkan pada kanvasnya. Beliau banyak mengambil imej dari seni reka komersial dan pengiklanan masa sebagai subjek karyanya.
Antara karya yang popular ialah “Marilyn Diptych” yang menggunakan imej foto yang popular iaitu pelakon Marilyn Monroe sebagai imej lukisannya. Andy Warhol terkenal dalam penerokaan seni pop, pengeluaran imej massa tentang pengeluaran objek. Hasil paling terkenalnya terpapar dalam tin sup Campbell. Warhol berjaya menukarkan imej yang dicat dengan tangan atau skrin lembut , gambar yang berbingkai dan bergantung di galeri kepada seni kiasan. Warhol telah mengkaji dalam media seperti filem, ukiran, lukisan, skrin lembut tetapi hasil terbaiknya adalah ciptaan sendiri seperti selebriti antarabangsa dan ikon seni kebudayaan.
Walaupun Andy Warhol bukanlah seniman pertama yang mengadaptasi iklan menjadi sebuah seni sehingga sekarang tetapi beliau dianggap sebagai seniman pop art yang terbaik. Dengan karyanya, “200 Campbell’s Soup Cans” (1962) dan “Marilyn Monroe Diptych” (1962), Warhol mencuba mengangkat reproduksi mekanis daripada status seni murni. yang merepetisi foto wajah-wajah artis Hollywood seperti Marilyn Monroe atau Elvis Presley dengan silk screen dan menggunakan warna-warna komplementer. Hasilnya wajah-wajah artis tersebut muncul dengan warna-warna yang unik dan berbeda dari aslinya. Karya-karya seperti ini biasanya diproduksi untuk cover-cover album atau poster pertunjukan musik, meski kemudian berkembang untuk poster-poster sosial sampai poster komersil. Pada masa itu ,budaya pop art pada dasarnya adalah sebuah penentangan dari budaya moden yang cenderung statis dan berdesain jangka panjang. Sangatlah aneh jika sebuah desain yang digunakan untuk sebuah produk jangka pendek harus memiliki nilai estetik yang berlaku selamanya. Menurut orang-orang yang menentang budaya modern, estetika barang-barang yang bersifat konsumptif harus berangkat dari budaya popular dan berdasarkan gaya yang mudah dikenal dan dinikmati masyarakat umum. Misalnya, desain mobil harus menampilkan unsur-unsur dekoratif yang kokoh sehingga menimbulkan kesan kuat bagi orang-orang yang melihatnya.
RUJUKAN
Lucy R.Lippard. (1970),Pop Art ,Third Edition,Singapore ,C.S.Graphics
http://www.indomp3z.us/showthread.php?t=25429
http://venusofwillendorftd1.wordpress.com/2008/03/26/pop-art/
http://yoghenry.blogspot.com/search/label/http%3A%2F%2Fwww.artcyclopedia.com%2Fhistory%2Fpop.html
http://yoghenry.blogspot.com/search/label/http%3A%2F%2Fwww.ibike.org%2Flibrary%2Fhistory-timeline.htm
Lucy R.Lippard. (1970),Pop Art ,Third Edition,Singapore ,C.S.Graphics
http://www.indomp3z.us/showthread.php?t=25429
http://venusofwillendorftd1.wordpress.com/2008/03/26/pop-art/
http://yoghenry.blogspot.com/search/label/http%3A%2F%2Fwww.artcyclopedia.com%2Fhistory%2Fpop.html
http://yoghenry.blogspot.com/search/label/http%3A%2F%2Fwww.ibike.org%2Flibrary%2Fhistory-timeline.htm
Comments
ika ni mnat Pop Art ke..?
btol2 mnat..??