memori + teman




gambar ini diabadikan ketika di dalam aktiviti Pengurusan koko di UPSI. kami telah diberikan kumpulan masing-masing dan pertandingan yang dilaksanakan ialah bertemakan kitar semula. semasa pertandingan, kami sekumpulan telah sepakat untuk mereka sebuah kapal layar dengan menggunakan barang-barang yang telah disediakan oleh pihak penganjur. alhamdulillah, hasil berkat usaha dan kerjasama kumpulan, kami telah memperolehi tempat johan bagi pertandingan tersebut.

gambar ini telah dirakam sempena merasmikan pelaksanaan blog bagi kursus Wacana Bahasa Melayu. alhamdulillah, saya sebagai bendahari bagi projek berasa berpuas hati atas kerjasama ahli-ahli kumpulan. gamabar dirakam ketika majlis PIBG di Sek. Men. Khir Johari, Tg Malim. kami berempat menerima anugerah pelajar STPM 2007. berkat dari ibubapa, guru dan juga teman seperjuangan, kami memperoleh keputusan yang membanggakan.terima kasih semuanya...


bersama rakan sekolah tidak pernah dilupakan. ketika ini kami baru sahaja selesai hari sukan di Sek Men Methodist pada tahun 2005. dari kanan vicknes, praven dan saya.



dari kanan: alin, nor, idrus, faizul, saya dan mahera.





gambar ini dirakam ketika kami sedang berehat dari pertandingan kawad kaki pada tahun 2005. dari kanan: alin, nor, faizul, izaty, dayah dan acap.






gamabar ini dirakam pada tahun 2003 di Sek Men tunku Puan Habsah. ketika ini kami telah berkhemah di sek sendiri. perkhemahan ini dijalankan untuk ahli-ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya(PRS). saya juga antara ahli yang terlibat dalam aktiviti ini. guru yang mengajurkan ialah Puan Zarinah Bt Ishak selaku guru kaunseling dan juga merupakan ibu saya.






inilah uniform PRS yang teguh dengan warna hijau. gamabar ini dirakam pada tahun 2002 ketika kami terlibat untuk membantu program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. peranan kami sebagai PRS amat penting kerana setiap program yang dianjurkan oleh pihak sek, kami akan bersama turun padang bagi membantu guru. kejayaan kami di sek telah membuka gabenor pulau pinang dan beliau telah menjemput kami untuk membantu dalam majlis hari raya yang dijalankan. penglibatan kami dalam kelab ini telah memberi pengetahuan luas mengenai dunia luar.







gambar ini dirakam ketika saya memasuki pertandingan sajak anti dadah pada tahun 2002. rakan-rakan saya banyak membantu menaikkan semangat kerana inilah permulaan saya terlibat dalam bidang sajak.saya hanya mendapat saguhati namun ia tidak mematahkan semangat untuk mencuba lagi.dari kanan: azra, saya dan farah.








gambar ini adalah ketika kami berada di majlis hujung tahun iaitu pada tahun 2005. majlis ini diadakan untuk kami yang akan meninggalkan sekolah tercinta.dari belakang sebelah kanan: farah, saya dan syazana. dari depan sebelah kanan: aiman, arafat(arwah),firdaus, rafiq dan fitri.










inilah cikgu yang kami suka sangat. beliau bernama puan Hani yang juga merupakan guru matematik dan juga selaku guru kelas kami. gambar ini dirakam pada tahun 2005 iaitu ketika kami memohon maaf dari guru-guru untuk mendapat restu sebelum menghadapi SPM.


































































Comments

Popular posts from this blog

pop art + rujukanku

MOTIF UKIRAN KAYU: BUNGA CEMPAKA PUTIH

Peta minda (STUDIO SENI)