KREATIVITI DAN PEMIKIRAN (KELAS SENI KREATIF)

KREATIVITI

Kreativiti adalah keupayaan untuk memikirkan sesuatu dalam keadaan-keadaan luar biasa dan bersedia untuk menyelesaikan masalah secara unik. Menurut Micheal (1999), ia menghasilkan banyak jawapan kepada soalan yang sama dan bercirikan kreativiti. Menurut Sternberg (2002), walaupun kebanyakan pelajar yang kreatif adalah cerdas seperti yang diukur oleh skor yang tinggi pada ujian-ujian konvensional, pada dasarnya ramai pelajar yang cerdas adalah bukan golongan pelajar yang sangat kreatif. Dalam meneliti kreatif sebagau satu kemahiran, ia seharusnya dipupuk melalui aktiviti latih tubi. Menurut Runco (2004), adalah penting bagi guru untuk menyedari bahawa pelajar-pelajar menunjukkan lebih kreativiti dalam beberapa domain daripada yang lain. Kemahiran-kemahiran kreatif tidak semestinya ditonjolkan oleh pelajar dalam kesemua subjek di sekolah. Ia berubah-ubah mengikut minat, cita rasa dan pengalaman latih tubi yang dilalui secara formal dan tidak formal. Beberapa factor yang menyumbang ke arah pemupukan kreativiti pelajar di sekolah. Antaranya ialah persekitaran sekolah yang menggalakkan aktiviti kreativiti pelajar secara individu. Ia dapat merangsang kreativiti dengan menyediakan sumber-sumber yang dapat pelajar peroleh di sepanjang masa (Hasirci dan Demirkan, 2003).

Matlamat pengajaran adalah untuk membantu pelajar menjadi lebih kreatif (Plucker, Beghetto dan Dow, 2004). Guru harus menginspirasikan pelajar kea rah pemikiran kreatif pada peringkat individu dan kumpulan. pelajar harus disediakan persekitaran yang dapat merangsang kreativiti mereka. Situasi pembelajaran dan pengajaran tidak seharusnya membebankan pelajar. Guru tidak seharusnya mengawal pelajar sewenang-wenangnya semasa pengajaran. Guru perlu menggalakkan motivasi dalaman, memupuk rasa kekitaan dan pemikiran yang menjurus kepada aspek-aspek kekreatifan.



PEMIKIRAN
Pemikiran ialah konsep memanipulasi dan mentransformasikan informasi dalam memori. Ia terlibat dengan pembentukan konsep-konsep, sebab-musabab, memikir secara kritis, membuat keputusan dan memikir secara kreatif. Pemikiran melibatkan peristiwa-peristiwa yang telah, sedang dan akan dilakukan. Segala informasi yang ditafsirkan akan member makna kepada individu pelajar. Pemikiran juga terlibat dalam aspek abstrak dan konkrit, atau realiti dan fantasi dalam kehidupan seseorang pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

pop art + rujukanku

MOTIF UKIRAN KAYU: BUNGA CEMPAKA PUTIH

Peta minda (STUDIO SENI)