REKABENTUK INDUSTRI (STUDIO REKABENTUK INDUSTRI)

1.0 Definisi Rekabentuk.
Reka
• Membuat sesuatu ciptaan
• Baru (ilham, kajiselidik)
• Lama (memperbaharui)
Bentuk
• Menggunakan sains dan matematik
• Proses kejuruteraan
• Ekonomi.

1.1 Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pereka
a. Kreatif
 Mempunyai kebolehan menghasilkan produk baru & idea-idea asai serta barangan asal. (Mungkin berguna dan mungkin tidak berguna.)
b. Inovatif
 Mempunyai kebolehan memperkenalkan sesuatu yang baru seperti idea-idea baru, cara-cara baru (selalunya berguna)

1.2 Ciri-ciri Rekabentuk yang Baik

Sesuatu rekabentuk yang baik ialah suatu produk yang dapat:
 Berfungsi dengan baik dan cekap.
 Sgt ekonomikal dlm lingkungan kekangan yg dikenakan.

1.3 Kekangan Dalam Rekabentuk
Kekangan adalah merupakan suatu aturan yang terpaksa dipatuhi. Di antara kekangan utama dalam rekabentuk kejuruteraan adalah:
a. Kos
b. Keboleharapan (reliability).
c. Keselamatan.
d. Prestasi.
e. Kehendak akta kilang dan jentera.
f. Pertimbangan sosiologi.
g. Pencemaran
h. Penggunaan tenaga.

1.4 Kategori Penghasilan Rekabentuk
a. Rekabentuk yang telah wujud atau dikatakan ‘redesign’ di mana perubahan-perubahan kecil dibuat pada saiz, bentuk, bahan bagi mengatasi masalah pengeluaran dan prestasi. Kerja-kerja rekabentuk seperti ini banyak dilakukan di kilang-kilang terutama di bahagian R&D.
b. Mengguna atau megambil rekabentuk sediaada dan direka supaya beroperasi dlm keadaan sekeliling yang berbeza atau beroperasi dlm bentuk yang lain. Selalunya perbezaan amalah besar dari asal.
c. Rekabentuk sesuatu yang baru, rekabentuk tersebut adalah sesuatu yang dicipta dan ia tiada sebelumnya. Rekabentuk seperti ini adalah sesuatu kerja yang sangat memerlukan pengalaman dan kreativiti pereka. Ia juga banyak menimbulkan masalah yang perlu kepada penyelesaian. Pertimbangan inovasi, kerja-kerja prototaip dan ujikaji yang banyak diperlukan pada peringkat ini.

1.5 Jenis-Jenis Rekabentuk Kejuruteraan
Rekabentuk Kejuruteraan mekanikal terbahagi kepada:
a. Rekabentuk Komponen.
b. Rekabentuk Sistem.
c. Rekabentuk Produk Industri / Pengeluaran.

1.6 Rekabentuk Komponen
a. Rekabentuk komponen memerlukan prestasi yang terperinci.
b. Kajiselidik dan analisis perlu dibuat seperti analisis daya, tekanan ricihan, tegasan dsb.
c. Setiap rekabentuk selalunya akan berakhir dengan rekabentuk yang hampir serupa.
d. Contohnya: aci, bol, bush, giar, pemelowap, pemampat dsb.

1.7 Rekabentuk Sistem.
a. Dlm rekabentuk sistem, ia merupakan sebuah bidang yang luas bagi menentukan prestasi.
b. Ia juga memerlukan analisis dan kajiselidik yang terperinci.
c. Secara keseluruhan rekabentuk sistem yang direka oleh berbagai pereka akan mempunyai bilangan komponen yang sama tetapi setiap komponen yang mempunyai fungsi yang sama akan beroperasi secara berlainan.
d. Cthnya: sistem penyaman udara, sistem pneumatik dsb.

1.8 Rekabentuk Produk Industri / Pengeluaran
a. Memerlukan prestasi secara kasar
b. Analisis dan kajiselidik adalah bergantung kepada keperluan.
c. Terdapat berbagai rekabentuk dan juga penampilan walaubagaimanapun fungsinya sama / mungkin operasi dan prestasinya berbeza.
d. Cthnya: pembuka tin, pemerah jus buah-buahan, kerusi roda dsb.

1.9 Proses-Proses Dalam Rekabentuk
Rekabentuk merupakan suatu aktiviti yang melibatkan berbagai disiplin. Bidang rekabentuk melibatkan berbagai-bagai bidang seperti elektronik, mekanikal, senireka, bahan dan sebagainya. Sebagai cth, kita lihat sebuah komputer, disiplin yang terlibat dalam menghasilkan sesebuah komputer adalah kejuruteraan mekanikal, perisian, elektronik, senireka dan ergonomik. Disiplin-siplin yg disebutkan perlu bergabung dan berinteraksi untuk menghasilkan satu rekabentuk yg baik. Adalah mustahil untuk berjumpa dengan seorang pereka yg blh menguasai semua bidang. Rekabentuk bukanlah satu proses atau aktiviti yg terhasil secara spontan atau tiba-tiba, sebaliknya ia adalah aktiviti yg melibatkan proses-proses tertentu tercetus dari kesedaran mengenai sesuatu masalah yang dihadapi dan memerlukan kepada penyelesaian.







Carta alir proses rekabentuk













































1.10 Keperluan
Produk baru dihasilkan akibat:
 Dorongan permintaan – pengguna memerlukan suatu produk baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
 Perubahan teknologi – penghasilan atau penemuan teknologi baru mencetuskan permintaan produk baru.
Keperluan kepada rekabentuk baru yang didorong oleh permintaan pengguna biasanya melibatkan produk yang belum ada di pasaran. Perubahan teknologi pula biasanya menghasilkan pembaikan kepada rekabentuk yang sedia ada. Walaubagaimanapun kebanyakan produk melibatkan gabungan permintaan pengguna dan juga pengenalan teknologi baru. Pengguna sentiasa memerlukan alat yang lebih canggih dan selesa dan pengeluar pula memperkenalkan teknologi terbaru untuk memikat hati pengguna.

Sebarang produk baru mesti memenuhi kehendak dan cita rasa pengguna, oleh itu peranan perekabentuk adlah untuk memenuhi syarat tersebut. Maslow, seorang ahli psikologi industri menerangkan lima peringkat keperluan manusia mengikut keutamaan:
 Keperluan fisiologi-makanan dan minuman.
 Keperluan perlindungan keselamatan-keselamatan dan tempat tinggal.
 Keperluan kasih sayang dan kepunyaan-kasih sayang, persahabatan dan perasaan kepunyaan kepada sesuatu kumpulan.
 Keperluan penghargaan atau penghormatan – perasaan suka dihormati, dipuji, dihargai.
 Keperluan pembangunan diri – kepuasan, keyakinan diri, melahirkan perasaan, martabat.
Menurut Maslow keperluan yang lebih utama perlu dipenuhi dahulu sebelum keperluan lain dapat dipenuhi.

1.11 Penakrifan masalah
Penakrifan masalah yg mana perekacipta perlu memahami dengan mendalam sebelum memulakan kerja merekabentuk untuk memastikan produk yang dihasilkan benar-benar dapat menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna. Penakrifan masalah merupakan proses kedua dalam rekabentuk.

1.12 Kajian Perlaksanaan
o Adakah kita pasti bahawa rekabentuk atau idea yg kita pilih merupakan idea terbaik?
o Sudahkah kita melihat dan menyelidiki idea atau rekabentuk lain yg mungkin lebih baik?
Penghasilan idea atau rekabentuk berdasarkan idea yg kita minati sahaja bukanlah satu pendekatan dan kaedah terbaik. Jika kita menghasilkan satu idea, ada kemungkinan idea tersebut bukan yg terbaik. Sebaliknya jika kita menghasilkan seratus idea, kemungkinan untuk mendapatkan idea yg kreatif dan terbaik adalah cerah. Oleh itu kaedah penghasilan konsep rekabentuk yang sistematik amat perlu.
1.13 Penghasilan Konsep
Pada peringkat ini daya pemikiran yg kreatif dan inovatif di perlukan untuk menghasilkan konsep yg baik. Sebagai contoh terdapat berbagai cara untuk menyelesaikan masalah pencemaran asap kenderaan seperti menggunakan kenderaan elektrik, solar dan penggunaan penyerap bermangkin (catalytic converter). Penilaian perlu dilakukan untuk menentukan konsep yang dicipta memenuhi kriteria rekabentuk.

1.14 Rekabentuk Terperinci
Pada peringkat ini rekabentuk akan dibaiki dan dilihat secara terperinci bagi menghasilkan prototaip. Peranannya ialah untuk menguji dan menilai keberkesanan dan kelemahan rekabentuk sebelum proses pembuatan produk dilakukan.

1.15 Pembuatan / Proses Pengeluaran
Hasil daripada rekabentuk terperinci maka proses seterusnya ialah pembuatan di mana produk dibina mengikut kuantiti yang diperlukan oleh pengguna seterusnya dipasarkan kepada mereka.

1.16 Pemasaran
Produk diedar dan dipasarkan kepada pengguna supaya dapat memenuhi keperluan mereka.

1.17 Pemberhentian Pengeluaran
Pembuatan perlu dihentikan jika produk tidak lagi memenuhi kehendak pengguna. Produk perlu dibuat perubahan atau pembaharuan kerana teknologi sentiasa berubah supaya produk yang dihasilkan dapat bersaing di pasaran.

Comments

Leyha said…
thankz atas maklumat rekabentuk dlm blog sis nie..
Ahmad said…
bagaimana pula jika kita hanya mempunyai idea tetapi tidak mempunyai kemahiran utk membangunkan idea tersebut? wujudkah sebarang institusi yg dpt membantu kita utk membangunkan idea kita?

Popular posts from this blog

pop art + rujukanku

MOTIF UKIRAN KAYU: BUNGA CEMPAKA PUTIH

Peta minda (STUDIO SENI)