TRANFORMASI PERHIASAN DIRI (KERONGSANG) -STUDIO CETAKAN

ISU BUDAYA (TRANFORMASI PERHIASAN DIRI - KERONGSANG)
1.0 Perubahan Kerongsang
Fungsi kerongsang pada asalnya hanya sebagai penyemat baju kebaya namun peredaran masa telah mengubah budaya kerongsang itu sendiri mengikut citarasa generasi masa kini. Kerongsang bukan lagi sebagai penyemat baju sahaja, malah sebagai hiasan pada wanita khususnya untuk menampakkan seri apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Perubahan kerongsang adalah aspek rekabentuk kerongsang dan penggunaannya yang pelbagai.
1.1 Rekabentuk Kerongsang
Jika dilihat kerongsang di pasaran pada masa kini mempunyai pelbagai jenis rekabentuk kerongsang yang menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Dengan kreativiti yang dimiliki oleh pereka kerongsang itu sendiri, pelbagai ciptaan telah dikeluarkan di dalam pasaran seperti kerongsang berunsurkan flora, fauna dan sebagainya. Kerongsang yang berunsurkan flora seperti bunga raya yang diolah dengan pelbagai warna bagi menampakkan kelainan. Selain itu, kerongsang yang berunsurkan fauna seperti kura-kura, kucing, rama-rama dan sebagainya yang juga menggunakan warna pelbagai untuk menampakkan hasil yang berlainan.
1.2 Penggunaan Kerongsang yang Pelbagai
Kerongsang bukan sahaja sebagai keperluan wanita khususnya malah kerongsang sebagai hiasan diri mengikut citarasa individu. Antara penggunaan kerongsang yang pelbagai seperti sebagai penyemat baju, penyemat tudung, hiasan pada baju, hiasan pada tudung dan juga hiasan pada pengantin.
1.2.1 Sebagai Penyemat Baju
Menjadi kebiasaannya, kerongsang digunakan sebagai penyemat baju seperti baju kebaya labuh, baju kebaya nyonya dan sebagainya.
1.2.2 Sebagai Penyemat Tudung
Bagi wanita melayu yang bertudung, kerongsang dijadikan sebagai satu keperluan utama dalam pemakaian tudung. Kerongsang diperlukan dalam pemakaian tudung sebagai penyemat tudung supaya dapat menutupi bahagian kepala wanita melayu. Kebanyakan pemakai menggunakan kerongsang yang bersaiz kecil untuk menyemat tudung di bahagian bawah dagu bertujuan pemakai berasa selesa.
1.2.3 Sebagai hiasan pada baju
Selain berfungsi sebagai penyemat pada baju, kerongsang juga sebgai hiasan penyeri bagi si pemakai. Kebanyakan wanita yang memakai kerongsang pada baju baju sebagai hiasan dan adakalanya warna kerongsang dipadankan dengan kerongsang berwarna sama supaya ia tidak terlalu kelihatan kontra. Kerongsang dipakai sebagai hiasan kebiasaannya apabila si pemakai memakai baju yang tidak bercorak atau kosong dan bagi menyerikannya mereka biasanya menggunakan kerongsang sebagai penghias diri.
1.2.4 Sebagai hiasan pada tudung
Pemakaian kerongsang tiada batas untuk menggunakannya kerana dibahagian tudung sekalipun, kerongsang diletak sebagai hiasan pada bahagian kepala.
1.2.5 Sebagai hiasan kepada Pengantin
Kerongsang juga diperlukan oleh para pengantin sebagai hiasan dibahagian-bahagian tertentu seperti kerongsang yang diletakkan pada bahagian tanjak untuk pengantin lelaki untuk dipakai dibahagian kepala.
2.0 Jenis-jenis Kerongsang
2.1 Berunsurkan Fauna




Jika diperhatikan kerongsang yang berada di pasaran, kerongsang berunsurkan fauna seperti rama-rama, kucing, kumbang dan lain-lain telah mendapat perhatian generasai masa kini yang menginginkan sesuatu kelainan.
2.2 Berunsurkan Flora
Sudah menjadi kebiasaan, wanita sememangnya sinonim dengan flora seperti bunga, dan daun. Kerongsang yang terdapat dalam pasarann pada kini telah banyak diubahsuai agar kelihatan lebih menarik dengan menerapkan kepelbagaian dalam warna.
2.3 Berunsurkan Nama atau huruf
Kerongsang ini juga merupakan salah satu transformasi kerongsang yang digunapakai oleh generasi masa kini yang berani mencuba sesuatu kelainan. Kerongsang yang berunsurkan nama seperti meletakkan nama jenama Dior sebagai hiasan pada baju.




Comments

Popular posts from this blog

pop art + rujukanku

MOTIF UKIRAN KAYU: BUNGA CEMPAKA PUTIH

Peta minda (STUDIO SENI)