KENANGAN BERSAMA ABAH DI HOSPITAL HINGGA AKHIR HAYATNYA



Memori untuk dikenang

Abah, Ahmad Suhaimi bin Mohd Noor mengidap sakit kronik bermula dengan kencing manis, kemudiannya matanya mula kabur, darah tinggi, buah pinggang rosak dan jantung lemah...
 kemudiannya 2 tahun lepas abah disahkan kanser buah pinggang tahap 4...

disebalik impian untuk mendirikan rumahtangga, Allah berikan ujian kesedihan dengan kehilangan imam ika, insan yang bernama abah..
seorang yang penyabar,
seorang yang cool...
akak sentiasa ingat abah dalam doa akak...


Laluan abah setiap hari..dari katil ke toilet..itulah jalan abah..adik buatkan laluan kaki supaya abah dapat rasa laluan ke toilet...masa ni bulan 2 abah masih mampu gunakan tongkat..


hari lahir abah yang terakhir 20.7.2019...masa ni dah tak larat tapi masih ada kudrat nak bangun dari katil...kami sambut di SR


Ogos 2019 abah dah mula takde kudrat...makan pun dah tak lalu...hari2 selepas je habis sekolah ika akan ke rumah abah sampai malam baru balik rumah,...beginilah rutin hingga ke akhir hayat abah...
masa ini banyak bersembang dengan abah...abah mintak maaf pada semua anak-anaknya..seorang ayah mintak maaf pada anak...sayu sungguh rasa ...

ada satu hari tu mandikan abah..letakkan bedak kat muka dan badan abah....tapi terlebih pulak kat dahi abah....habis ika gelakkan abah sedangkan bukannya nampak pun kalau nak tunjuk tapi dengan abah sekali gelak ..abah kata 'mungkin rupa abah dah macam tambii kot'...hihihihi


hari makin hari abah teruk tahap kesihatannya...
makan sikit, nak angkat badan pun tak mampu..setiap kali nak mandikan abah mesti adik akan tunggu ika sebab badan abah besar..tak mampu untuk sorang uruskan...

lagi 4 hari nak bertunang tapi bila tengok abah begini kami ambil keputusan untuk call dr. Hanafi Slim RIver untuk membuat pemeriksaan pada abah....dan dah jangka terus dibawa ke Hospital Slim River...

abah diberikan ubat morffin sebagai ubat tahan sakit kansernya....abah mula lali dan antara sedar tak sedar.... tapi yang ika kagum bila ika ajak abah solat, abah akan angguk sambil tu ika ambilkan air wuduk untuk abah...kadang tengok abah sampai rakaat kedua dah tak sedar balik (pengaruh ubat morffin)..takpelah niat abah untuk solat allah akan terima in sha allah...

15 September 2019 ika bertunang tanpa ada abah disisi...abah di hospital..takpelah di hospital abah akan dirawat sebaiknya banding dirumah...ika nak tunjuk gambar tunang kat abah tapi abah tak nampak...abah pesan macam-macam pada ika...'abah mintak maaf , mungkin abah tak sempat nak ada masa akak kawen nanti'....abah...huhuhuhu...


setelah 20 hari abah di hospital, abah dibenarkan pulang dengan dibekalkan ubat morffin...bila bagitahu abah yang abah nak keluar hospital ...abah boleh buat lawak dalam sedar tak sedar nya tu...'bukan ke abah kat hotel ni?'..amboi punya best dok hospital yer abah...memang persekitaran hospital Slim River sangat kondusif bagi pesakit mahupun penjaga...tak penuh dengan katil dan manusia....


alhamdulillah abah dah sampai di rumah mak....okay lupa nak citer...mak dan abah dah bercerai 2007..so ika duduk di rumah mak..adik lelaki duduk di rumah abah....rumah abah dan mak dekat sangat dalam 200 meter je..walau bercerai mak dan abah baik-baik je tak macam dalam drama tv tu..hahaha...senang kami 3 beradik bergilir uruskan abah...haa..ni pun hotel juga abah..kan.hihihi..abah sampai rumah malam..selesa tengok abah tido dan tak nak sembang ngan ika pun..hihihi

esoknya barulah abah dapat udara luar ...bukakan pintu bagi abah segar...tapi satu je ika lihat abah diam..tak macam selalu ika kat hospital..ika hanya berprasangka baik...malam tu abah buang air besar banyak sangat...lupa nak cerita sebelum ini abah ada masalah buang air besar...kami lega bila abah dapat keluarkan najis yang selama ni abah rasa tak selesa bila tak boleh buang...

esoknya hari khamis ika macam biasa pagi2 akan bersiap ke sekolah..adik panggil tenggokkan abah sebab abah tak bergerak-gerak....Allahuakbar nadi abah takde...rasa macam tak berpijak di bumi...adik lelaki terus ke kecemasan panggilkan ambulan (rumah dekat dengan klinik kesihatan)...doc check 2 kali sebab mungkin badan abah masih panas...ya Abah dah takde...baru 18 hari ika bertunang, abah pergi mengadap pencipta...

pagi tu tak sempat bagitau sesiapa, hanya dapat call sepupu untuk bagitau pihak sekolah (sepupu satu tempat kerja)..tunang sendiri pun tak sempat bagitau,selamatlah bakal akak ipar masa tu juga satu sekolah...

urusan abah sangat mudah dan cepat..jam 8 pagi segala persiapan dah lengkap..cadangnya tunggu solat zhor baru kebumi tapi kami buat keputusan mudahkan segalanya...yang uruskan semua adalah kawan2 abah...pengali kubur kawan abah, kapankan abah pun kawan abah...alhamdulillah abah dikelilingi dengan orang-orang baik seperti abah...jam 12 selesai abah dikebumikan..

waktu ini kami adik beradik kuat mandikan abah seperti abah mandikan kami kecil-kecil dulu...ika kuat hingga akhirnya...baik rumah baru terasa kehilangan abah...

abah..
akak sayang abah..
Al-Fatihah buat mu abah
Ahmad Suhaimi bin Mohd Noor 
1960-2019







Comments

Popular posts from this blog

pop art + rujukanku

MOTIF UKIRAN KAYU: BUNGA CEMPAKA PUTIH

Peta minda (STUDIO SENI)